Kedai Buku Online

Monday, February 1, 2010

Aku Yang Paling Berjasa

Assalamualaikum

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang saya nak tanya kawan-kawan, pernah dapat BOSS yang selalu cas bagus? Maksudnya dia selalu merasakan dia yang paling pandai dalam ramai-ramai orang, dia yang paling banyak buat kerja, dia yang paling banyak kerja, dia yang paling berinovasi dan segala-galanya adalah dia, maka orang lain tiada sumbangan apapun kepada jabatan?
Dan ini lah salah seorang pegawai yang tinggi di jabatan saya. Terlalu merasakan dirinya hebat di jabatan itu. Sebagai seorang ketua kursus, dia merupakan bos kedua di jabatan. Namun sikapnya tidak pernah menggambarkan sikap seorang ketua yang baik. Apa yang dia selalu buat, adalah mencari kesalahan orang, dan akan tutup kesalahan sendiri. Jika dia meminta pertolongan kita, maka siaplah, dia akan menjadi orang yang paling baik dengan kita sampaikan bahu kita pun dipeluknya. Tapi kalau kita yang mahukan pertolongan darinya, jawapan yang paling biasa, 'apa, ko ingat ni kaunter pertolongan ke'. Itu pun nasib baik kalau angin kus-kusnya tak sampai satu badan, kalau tidak siap lah, rasanya cermin kat perjabat tu pun tak sudi dengar suaranya.

Cubalah bayangkan untuk minta satu signature pun, cermin pejabat sampai boleh bergegar, tak ada ribut, tak ada taufan, tiba-tiba puting beliung melanda dalam pejabat tu, "Ko tak nampak ker aku tengah sibuk ni?".  

Dalam pada dia tengah 'sibuk' tu, sempat juga dia mengumpat orang, "Macam mana ye si A tu boleh pakai kereta Vios? Kalau nak ikutkan harta, aku rasa harta aku lagi banyak, aku ni kan jutrawan senyap? Aku saja tak nak tunjuk, sebab tu aku pakai kereta wira tu je". Member-member yang dengar soalan dia semua senyum pusing ke lain, malas nak layan.

Pernah sekali kawan bertanya padanya, "puan ada kunci office tak?", dia bertanya balik, "ko nak buat apa dengan kunci office?". Kawan tu jawab la, "nanti saya ada kelas hari ahad ni (part time), nak masuk ambil file dalam pejabat", "tak de takde... aku tak masuk office, semua dalam kepala aku jer".... wah..wah.. wah.....semua dalam kepala ye, kira memang terer giler ler tu. Sombongnya dia, angkuh dengan pemberian Allah. Tak sedar ke dia kalau Allah nak ambil semua tu, sekelip mata sahaja Dia boleh ambil.

Sebagai seorang ketua kursus, dah menjadi tanggungjawab dia untuk sediakan sinopsis kursus yang pelajar telah ambil, dan hari ini seorang bekas pelajar datang untuk mengambil sinopsis tersebut kerana dia perlukannya untuk menyambung pelajaran. Kebetulan semasa bekas pelajar itu sampai Boss itu tiada kerana ke kelas. Saya meminta pelajar itu menunggu dahulu kerana sinopsis kursus yang diminta hanya dia(Boss) yang akan keluarkan. So pelajar tersebut tunggulah selama lebih kurang sejam setengah. Bila dia balik, dia terus keluar makan tengahari (masa itu lebih kurang 1 tengahari) walaupun diberitahu ada pelajar sedang menunggu. Selepas dia kembali dari lunch, dia terus bergegas ke dewan besar (kebetulan ada perhimpunan bulanan untuk staf) dan sekali lagi dia membiarkan pelajar itu menunggu tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.

Sungguh kasihan melihat keadaan pelajar itu yang menunggu begitu lama, tetapi tidak dilayan. Apa salah pelajar itu padanya sehingga dia dilayan sedemikian rupa. Pada saya dia cuma menunjukkan sikap angkuh tidak bertempat, sombong, riak dan busuk hati. Ke mana perginya etika sebagai seorang pensyarah?

Sebenarnya hal sinopsis kursus dah berapa kali dibangkitka.n Ramai pensyarah sudah meminta dia keluarkan satu salinan untuk disimpan sebagai 'hard copy', dan boleh dikeluarkan jika ada pelajar yang meminta. Tetapi dia tetap dengan pendiriannya dengan menyatakan ianya adalah salinan terkawal dan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati. Ok la, jika begitu keadaannya, then layan la bekas-bekas pelajar itu dengan baik, bukan seperti kita melayan seekor kucing, boleh disepak terajang sesuka hati bila tak suka. Sedangkan binatang pun perlu dilayan dengan baik, apatah lagi jika kita sesama manusia.

15 comments:

Unknown said...

Puan, hemat saya, manusia kerap mendakwa dirinya hebat, acapkali tidak sehebat mana.

Saya kerap mengingatkan anak buah, usah menganggap atau mendakwa diri selebriti. Biar peminat menggelar begitu, itu tandanya pengiktiraafan mereka.

Dalam kes ini, saya fikir spesis manusia sebegini wujud di pelbagai lokasi dan kita harus menerima keadaan itu. Mendiamkan diri dan bersabar bukan semestinya lambang mengatakan kita tidak bijak.

Ada waktunya tindakan itu mampu mengatasi sikap ego tidak berkesudahan manusia.

Panjatkan doa selepas solat, agar manusia seperti itu diberikan hidayah dan berubah sikap.

Puan, kita manusia jarang mampu merubah sikap buruk manusia tetapi Pencipta kita pasti berkemampuan mengikut kehendakNya.

Just my 2 cents.

JHaZ KiTaRo said...

salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, jemput singgah ke blog hamba.. :)

Werdah said...

Salam Rosnanie,

Biasalah bagi orang yang tidak sedar bahawa bumi yang dia pijak dan segala-gala yang ada pada dirinya bukan hak mutlak dia, semuanya itu hanyalah pinjaman, bila diambil kembali salah satu barulah nak insaf. kata pepatah bila terantuk baru nak tengadah.

Kak setuju pendapat Sdr Mazidul tu, kita tak mampu mengubah perangai seseorang namun kita boleh berdoa, mudah2an Allah buka hatinya. Rugi orang yang berpangkat besar tetapi tak mengenal diri sendiri, bila tak kenal diri maka tak kenal Pencipta.

Kakcik Seroja said...

Salam Nanie..

Doakanlah semoga dia sentiasa sedar bahawa bumi ini ada pusingannya. Langit itu juga tidak selalu cerah. Semoga juga sikap yang tidak kita suka itu tidak pula akan menjangkit kepada kita di satu masa nanti. :)

azieazah said...

Tak lama ler tu... silap-silap dah dalam senarai orang yang diperhatikan..

Unknown said...

Orang yg lagu tu mmg tak kemana pun akhirnya..
penat sendiri je...

Nida n' Hanafi said...

Salam...

Itulah kehidupan... semoga insan tu sedar yang manusia ada kelemahan dan kekuatan masing2.. tak semuanya hebat..

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Bos tu dh kawin ke belum? Kalau belum, sikap begitu biasalah...
Tapi kalau dh kawin, dia sebenarnya ada masalah. Kalau nk berhadapan dgn org mcm ni, bacalah selawat syifa atau doa melembut hati dan minta pd Allah semoga hati bos tu jadi lebih baik dan mengasihi... doa senjata mukmin!

pak long said...

salam....
insan macam ni dia tak punya perasaan dan tak bayangkan kalau dia jadi macam org yang menunggu tu....dia anggap dia sentiasa diatas...ingat ronda tu berpusing kan...ada masa kebawah..
insan macam ni kalau pencen tentu berkawan ngan bunga kertas jer...
mintak doa agar pak long dijauhkan sifat macam tu....

rosnanie said...

salam kawan-kawan
terima kasih di atas saranan dan pandangan. Insya Allah sedikit sebanyak membantu saya.

saya tak mampu nak jawab satu persatu tetapi apa yang boleh sy katakan di sini, dia sememangnya berperangai seperti itu since sy masuk kerja di situ thn 2002. Dh bermacam ragam yang sy lihat dan dah hadapi, sememangnya doa sahaja yang menguatkan saya sekarang.

Kalaulah betul orang kata, life's begin at 40, rasanya dia dh lama melepasinya dn tak pernah lagi berubah. So tak tahulah bila maasanya dia akan betul2 berubah. Dia dh kawin dn ada 2 anak. Kalau dilihat kepada cara dia melayan anak, tidak lah begitu kasar, nampak ada sifat penyayangnya, tp bila sesama rakan sekerja, perangainya berubah 360 degree.

ENtah ler...cuma satu yang saya boleh katakan, dia ni sebenarnya kera sumbang jer kt ofis tu. Kalau adapun bukanlah betul2 ikhlas, seadanya sahaja, sebab dia juga spesis Kawan Makan Kawan.

Semoga kita semua dijauhkan dari sifat2 seperti itu, Amin

Terima kasih En Mazidul, Jhazkitaro, Kak Werdah, Kakcik Seroja, Kak Azie, En LB, Nida, Kak Niza dan PakLong

Cetusan said...

tunggu pencen baru sedar ramai sahabat.

eelobor said...

agak kritikal, tp lebih teruk dari itupun eelobor pernah jumpa jgk spesis cam gitu

anyss said...

hu hu hu macam makcik sihir jugak perangainyeee....moga2 dia cepat insaf. Allah kalau nak tarik kejab aje...Dah kena saat macam tu, baru tau langit tu tinggi ke rendah.

Buat tak tau je lah, saya pun ada jugak berdepan dengan orang macam ni. Adakala meledak juga, tapi...kalau kita tak kata apa2pun dengan apa yang dia buat kat kita, orang tetap tahu juga kita tak salah ;)

rosnanie said...

salam ZZ, tu la dia, agaknya kena tunggu dia pencen kot baru dia insaf


eelobor, memang org mcm ni di mana2, tp sebagai manusia ttp kena ingat, Allah juga ada di mana2

annys, memang kami panggil dia witch pn, hehehe....

inaisni said...

Kenapa Firaun mengaku diri dia tuhan..?
Firauan tak pernah demam...apatah lagi sakit...kudis sebutir pun tak pernah naik pada kulit dia...buang air besar pun 40 hari sekali...sebab tu dia mengaku diri dia tuhan...nikmat yg Allah bagi pada dia terlalu byk membuatkan dia hilang pertimbangan...