Kedai Buku Online

Wednesday, December 29, 2010

Cekik anak lepas bersalin

Cerita yang diperolehi dari myMetro

Cekik anak lepas bersalin


DUBAI: Polis Emiriah Arab Bersatu semalam melancarkan gerakan mencari seorang wanita yang mereka percaya melahirkan anak dan kemudian mencekiknya di sebuah tandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, sebelum meninggalkan negara itu dengan menaiki pesawat.

Wanita itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera keselamatan selepas mayat bayi itu ditemui dalam tong sampah di Terminal Satu lapangan terbang berkenaan. Dia didakwa memutuskan tali pusat bayi lelakinya dengan tangan dan menjerut anaknya itu dengan kain sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Bayi itu ditemui selepas seorang penumpang wanita memaklumkan kepada seorang pekerja lapangan terbang mengenai darah di dalam tandas.

Kesan darah itu membawa pekerja berkenaan ke tong sampah tempat mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah, bersama-sama dengan tali pusatnya yang dibungkus dalam beg plastik.

Bayi itu dikatakan masih bernafas tetapi pasukan perubatan dan sukarelawan gagal menyelamatkannya.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan mengekstradisi wanita yang disyaki warga Habsyah dan berusia 30-an itu. Beberapa media lain hanya melaporkan wanita itu berketurunan Afrika. Jika ditangkap, dia berdepan tuduhan membunuh dengan niat.

Melahirkan anak tanpa berkahwin adalah kesalahan besar di Emiriah.

Sehingga ini tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu penduduk Dubai. Bagaimanapun, polis mengesyaki dia hamil akibat hubungan seks haram hingga mendorongnya untuk membunuh bayi itu. - Agensi

***Sy highlight dan besarkan satu ayat di atas....renung-renung dan fikir-fikirkan lah....
      Oh Malaysia ku.........

11 comments:

Kakcik Seroja said...

Bukan sahaja kesalahan besar - tapi BERDOSA BESAR! :(

Di Malaysia - disediakan sekolah lagi! :(

anyss said...

Salam,
Yerrrr salah besar, dosa besar dan kena hukum bunuh je...tapi nape lerrr kat negara kita ni budak2 pompuan yang comel tu lepas macam gitu je. Paling berat pun penjara. Yang budak lelakinya...cuci tangan

rosnanie said...

salam kakcik dan anyss

...tu ler dia...bukan stakat dilepaskan, disediakan sekolah....diberikan 'hidup baru' atas dasar...kemanusiaan....????
jadinya...yg bayi tu bukan manusia?

betul anyss...yg lelaki cuci tgn, lg menambahkan sakit dihati....

eelobor said...

ada berlaku di mana2 sahaja...

Werdah said...

Salam Nanie

Semoga sihat... lama tak datang sini...

rosnanie said...

eelobor...tu la pasal...tp tanggungjawab kita ttp di M'sia


kak werdah...sy sihat...hrp akk pn sihat...sy ada ke tpt akak, cuma x tinggal jejak jer...hehe....

azieazah said...

Sungguh tergamak mereka itu...

rosnanie said...

kak azie...tu la dia...
slalu pk....kemana perginya kemanusiaan mana buat semua tu

wahida said...

selamat tahun baru sis...
saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!

Pn. Liza Mahmood said...

Assalamualaikum Nanie, lame kita x bercerita...

Baca akhbar & menonton berita buat Akak ngeri - Nyawa manusia disamatarafkan dgn sampah - sampah tu pun kalu di kitar semula bertukar menjadi duit. Sudah mati agaknya hati, jiwa & ihsan si pelaku?

Jube said...

Lelaki jugak ker yang salah...? Dua-dua salah...cuma lelaki tak mengandung...TAPI ingat VD tak kenal jantina