Petang sabtu yang lepas kami ke Kuala Sepetang, tempat yang famous kerana mee udang. Ingat tak dulu Majalah 3 pernah siarkan mee udang di Kuala Sepetang? Semenjak itu Kuala Sepetang menjadi glamour dan gara-gara itu kami ke mari untuk menikmati keenakkannya. Tengok la sendiri, mesti kecur air liur kan, kan, kan?? Hehehe....
Kami pun apalagi, terus la serang.... hehehe, so petang tu kami kekenyangan dek kerana penangan mee udang. Lihat la wajah-wajah keriangan dek kenikmatan mee udang. Hehehe....
Wajah ceria anak-anak saudara, mi dan sya
Kami tersandar kekenyangan, ambik peluang untuk berehat, hehehe, makan udang banyak, lepas tu gatal hidung- resdung
Kemudian kami ke sebuah kawasan resort. Walaupun agak jauh ke dalam tetapi kawasannya yang terletak di tepi sungai dan calet nya yang terletak di kawasan bakau, membuatkan ketenangan hadir tanpa di pinta ( chewah, cam jiwang la pulak) dan keriangan jelas terpancar di muka anak-anak
No comments:
Post a Comment