Kedai Buku Online

Tuesday, July 21, 2009

Minum arak : model dihukum 6 sebatan

Seorang model pelancongan didenda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak.
Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak menjalani hukuman penjara tiga tahun, jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira pukul 11.40 malam pada 11 Julai tahun lepas, laporan Bernama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. Seterusnya dalam {Malaysiakini}
****Arak sekarang dah jadi seperti air mineral, suka-suka hati je minum tanpa memikirkan agama Islam yang dianuti. Betapa lemahnya iman umat Islam sekarang. Dengan ini propaganda yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam telah berjaya. Tahniah. Tahniah kerana telah menjayakan rancangan jahat musuh-musuh Islam. Tahniah kerana berjaya menempah tempat di dalam neraka di akhirat kelak.
****Berita ini hanyalah satu daripada 'kejayaan', sebenarnya, banyak lagi contoh lain seperti [video] yang tersebar di youtube dan blog-blog menunjukkan beberapa orang perempuan sedang berpesta seperti majlis hari jadi yang menghidangkan arak dan diminum dengan penuh bangga...
****

No comments: