Kedai Buku Online

Monday, July 13, 2009

DURIAN

Oh kome, dughian doh berbunge......

Ingat tak lagu tu? Lagu yang pernah dipopularkan oleh Mr. Os
Lagu ni jadi sinonim pada tiap kali musim durian

Sebenarnya tiap kali musim durian saya akan terkenang peristiwa yang terjadi semasa musim durian sekitar tahun 1999. Kebetulan musim durian tahun tu terkena pada bulan puasa.


Pada ketika itu, kebun yang pernah dijaga oleh Allahyarham ayah suami masih kekal kepada kami (adik beradik suami) sebagai penjaganya. Jadi bila musim durian tiba, suami dan adiknya mengambil peluang untuk menjual hasil bumi bertuah ini. Kami cuma menjualnya di tepi jalan sahaja, yalah kan jualan kecil-kecilan. Kebetulan pada hari mula-mula kami meniaga, durian yang jatuh tak berapa banyak, yang banyak pada ketika itu adalah rambutan gading. Jenuh juga la.
Cuma yang menarik pada hari itu, durian yang kami jual dibeli oleh seorang 'brader' ni. Selepas tawar menawar, beliau pulang membawa durian tersebut. Tidak lama kemudian dia datang balik, "Dik, durian tadi ada lagi tak? Sedap betul, tak cukup pulak". Kami semua melopong, tapi sempat dijawab oleh adik, "sory la bang, yang tadi tu last"

Hehehe, faham tak? Bulan puasa, ada orang boleh beli durian, balik, pastu datang balik nak beli durian sebab sedap....hehehe

2 comments:

Raziff Lokman... said...

...kantoi "brader" tu!..tak sedar kot dia bulan puasa...

rosnanie said...

kalau tak puasa sekalipun, cover2 lah kan? hehehe...