Salam
Anda peminat novel? Kalau begitu, welcome to the club. Saya merupakan peminat novel sejak kanak-kanak lagi. Bayangkan, saya dah mula menjadi pengawas perpustakaan (sekarang dipanggil pengawas pusat sumber) daripada darjah 3 lagi. Sejak dari itu saya mula meminjam buku-buku cerita daripada perpustakaan sekolah. Masa tu cerita favorite saya mestilah cerita penyiasatan seperti 5 sekawan, adik-beradik hadi dan sebagainya. Pendek kata masa tu cerita hasil tulisan Enid Blyton memang menjadi kesukaan saya. 

Lama-lama bila dah meningkat usia, kegemaran sudah bertukar, mula menyukai cerita-cerita yang berbentuk cinta-cinta. Biasalah kan, usia remaja.... dan saya tetap menjadikan novel sebagai hobi saya hingga sekarang, walaupun sudah ada anak empat.
Sekarang, anak sulung saya juga mempunyai minat yang sama. Koleksi novel-novelnya sudah banyak. Dan mungkin kebetulan, dia juga sudah menjadi pengawas pusat sumber sejak tahun tiga juga.
Anak-anak zaman sekarang kira beruntung, novel-novel terlalu banyak dipasaran, pilih sahaja yang mana suka (mak ayah pun ada duit nak beli). Penulis-penulis dan juga penerbit sekarang sudah mula memandang keperluan dan peri pentingnya menanamkan sikap suka membaca di kalangan anak-anak. Setakat ini saya mendapati buku-buku yang ada dipasaran memang menarik dan sesuai dibaca oleh anak-anak. Kadang-kadang maknya pun tumpang sekaki....
*
*
Ala, anda lelaki? Tak minat novel? Lelaki tak macho kalau baca novel? Hello sedara...penulis cerita 'Bagaikan Puteri' (gambar) tu bukan lelaki ke? Ramlee Awang Mursyid (RAM) ni merupakan salah seorang novelis yang paling saya kagumi. Beliau mampu menghasilkan novel berbentuk thriller yang mampu membuatkan kita terus dan terus membaca sehingga habis. Hebatnya RAM ni kerana dia mampu membuatkan kita tertanya-tanya disepanjang pengembaraan kita. Bila kita menonton movie atau membaca novel, kadang-kadang kita akan membuat kesimpulan sendiri sebelum ending, tetapi novel RAM, andaian anda selalunya akan tersasar!
*