Kedai Buku Online

Friday, October 30, 2009

NOVEL



Salam
Anda peminat novel? Kalau begitu, welcome to the club. Saya merupakan peminat novel sejak kanak-kanak lagi. Bayangkan, saya dah mula menjadi pengawas perpustakaan (sekarang dipanggil pengawas pusat sumber) daripada darjah 3 lagi. Sejak dari itu saya mula meminjam buku-buku cerita daripada perpustakaan sekolah. Masa tu cerita favorite saya mestilah cerita penyiasatan seperti 5 sekawan, adik-beradik hadi dan sebagainya. Pendek kata masa tu cerita hasil tulisan Enid Blyton memang menjadi kesukaan saya.


Lama-lama bila dah meningkat usia, kegemaran sudah bertukar, mula menyukai cerita-cerita yang berbentuk cinta-cinta. Biasalah kan, usia remaja.... dan saya tetap menjadikan novel sebagai hobi saya hingga sekarang, walaupun sudah ada anak empat.

Sekarang, anak sulung saya juga mempunyai minat yang sama. Koleksi novel-novelnya sudah banyak. Dan mungkin kebetulan, dia juga sudah menjadi pengawas pusat sumber sejak tahun tiga juga.



Anak-anak zaman sekarang kira beruntung, novel-novel terlalu banyak dipasaran, pilih sahaja yang mana suka (mak ayah pun ada duit nak beli). Penulis-penulis dan juga penerbit sekarang sudah mula memandang keperluan dan peri pentingnya menanamkan sikap suka membaca di kalangan anak-anak. Setakat ini saya mendapati buku-buku yang ada dipasaran memang menarik dan sesuai dibaca oleh anak-anak. Kadang-kadang maknya pun tumpang sekaki....
*
*
Ala, anda lelaki? Tak minat novel? Lelaki tak macho kalau baca novel? Hello sedara...penulis cerita 'Bagaikan Puteri' (gambar) tu bukan lelaki ke? Ramlee Awang Mursyid (RAM) ni merupakan salah seorang novelis yang paling saya kagumi. Beliau mampu menghasilkan novel berbentuk thriller yang mampu membuatkan kita terus dan terus membaca sehingga habis. Hebatnya RAM ni kerana dia mampu membuatkan kita tertanya-tanya disepanjang pengembaraan kita. Bila kita menonton movie atau membaca novel, kadang-kadang kita akan membuat kesimpulan sendiri sebelum ending, tetapi novel RAM, andaian anda selalunya akan tersasar!
*

12 comments:

Cetusan said...

minat tu minat, lagi minat jadi pelakon dalam novel,,

soal macho subjektif..

kalau lelaki main congkak macam mana??
lelaki masuk sukan PERAH santan??

Cetusan said...

Peminat novel..

Masa Darjah 5, maklumla masa tu GF Ketua Pustakawan ( pakai Kroni la kan), pinjam tanpa rekod.
Novel ke 5 adalah Pelayaran Sinbad.
Masih ingat memakan masa 3 hari, yang lain sehari semalam.

Masa Sek men lebih kepada Penulis Pak Matlob.. adventure

rosnanie said...

oo kire, x jadi librarian, dapat awek librarian pun ok kan? Welcome to the club ZZ, sekurang2 nya saya tahu tak semua lelaki anti novel. Hband baca gak novel, tapi lebih kepada kisah sahabat2 nabi, cth kisah salahudin al ayubi tulisan Abd Talib Rahman, keluaran PTS Publication. Kalau kisah cinta2 tu dia tolak tepi la, siap tak akan dia baca nye

Cetusan said...

buat apa baca kisash cinta,,lagi elok terus bercinta..

qah qah..
melayang alam nyata, bukannya melayang alam khayal...

banyak khayal kekadang telebih sangka..

mengikut acuan novel dibaca,seakana menjadi tilikan dan ramalan plot penulis, kalau begini jadi begitu.kalau begitu jadi begitu..ada sebab ada musibat

Cetusan said...

plot novel juga sebagai kes terpencil..bukan mewakili majoriti..

rosnanie said...

kadang2 perlu juga jadi orang yang suka berangan, tapi jangan la pula jadi mat jenin...hehe

saya ni ZZ suka baca novel cinta tapi saya tetap suka novel2 yang berbentuk thriller, sebab tu saya paling minat dengan Ramlee Awang Mursyid

eelobor said...

byk kali cuba utk membaca novel & cuba menghayati. akhirnya, jika novel yg halaman ms 200-500, hanya 5 ms terawal je baca. lebih senang di baca bahagian sinopsis jer...setel, senangkan? hehehehe

rosnanie said...

tak thrill la baca sinopsis jer. Kena baca dari mula sampai habis gak baru bole mendalami...hehe.. ni cam adik ipar saya je, baca 1st page, page tgh, last page. Pastu dia claim dah habis

Cetusan said...

oo nasib baik saya bukan penulis novel popular,,
risau juga jadi RIAK, atau mana tau salah guna peminat..kelab peminat, mana tau ada peminat offer hadiah free..risau kite..

Kakcik Seroja said...

Bagaikan Puteri ni adalah novel Trilogi.. sinambungannya Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.. kakcik mempunyai koleksi novel lebih seratus buah dan karya2 RAM adalah di antara koleksi kakcik. :)

rosnanie said...

wah wah rupanya kita sekapal, best kan baca novel kakcik? setakat ni saya ada semua novel RAM keluaran alaf21

p/s nanti early december ada sale alaf21, potongan 30%, berbaloi... saya tak pernah miss stp kali sale, mesti habiskan 100 lbh stp kali pegi

ardz amy said...

samala, sy pun salah seorang peminat RAM. betul kata pn, cara dia bercerita mmg seronok. n sy ni pun mmg kaki novel. kekadang tu x sabar nak menunggu keluaran terbaru dari beliau.