Kedai Buku Online

Sunday, October 25, 2009

ZIP

Semalam kami ke Giant, adalah shopping barang dapur skit. Dah lama tak ke giant, biasa beli skit2 kat kedai2 runcit atau speedmart. Tak kisah la kan, beli kat mana sekalipun. Itu hanya cerita sampingan sebenarnya.
Selepas suami parked kereta, kami semua beriringan menuju ke dalam hypermarket tu, di pertengahan jalan berselisih dengan one couple (tak tau la married or not) sebab masa tu mata tibe-tiba terfokus kat seluar girl tu. Alamak, tak zip la. Malunya. Terhenti seketika langkah saya, nak tegur ke tak tegur. Bila menoleh ke belakang, pasangan tersebut dah menuju ke kereta mereka. Hati merasa amat bersalah, kesian sebab tak bagi tahu. Mesti dah banyak mata yang memandang dan mereka pun mesti berperasaan seperti saya. Kesian....
Selepas habis shopping kami pulang ke rumah, saya bergegas untuk menyimpan barangan yang perlu ke dalam peti ais. Kemudian saya pun menukar ke pakaian rumah, dan masa ni lah terperasan, "alamak, rupanya zip seluar sendiri pun rosak". Hai asyik fikir pasal orang, rupanya sama je. Tetapi kemudian saya tersenyum kerana zip seluar saya rosak, hanya saya sendiri yang tahu. Kenapa? Kerana bahagian zip ini terlindung oleh baju T saya yang labuh hingga ke lutut. Insya Allah saya tidak ada menyelak baju di hadapan orang lain, dan tiada siapa yang perasan zip itu terbuka/ternganga. Ini lah hikmahnya saya memakai pakaian yang labuh.
Saya mula memakai baju yang labuh semenjak tahun lepas. Alhamdulillah saya merasa selesa dengan baju T ini. Akibatnya habis semua baju blouse saya sedekah kan pada orang. Sekarang jika hendak ke mana-mana, saya hanya mengenakan baju T yang labuh ini atau lebih dikenali dengan nama T'shirt Muslimah. Sewajarnya semua muslimah melabuhkan pakaian masing-masing. Selain daripada menutup aurat, pakaian ini dapat mengelakkan kita daripada fitnah. Contohnya, tshirt yang pendek akan menampakkan pinggul semasa berjalan. Masa kita berjalan ayunan pinggul akan nampak agak seksi, jika yang saiz L tu akan membuatkan kaum adam menelan air liur, dan jika bersaiz XS hanya akan membuatkan orang mengutuk.
Kan lebih baik jika kita menutupnya. Insya Allah tiada kaum adam yang akan membulatkan mata atau tiada hati-hati yang mengata/mengutuk tentang kejadian Allah ini.

4 comments:

echah_syed said...

ermmm..tee shirt pendek ade pnjg pun ade.tapi yg pendek selalu pakai kat umah jek :)

rosnanie said...

sama lah kite, pendek pakai kat rumah, kalau gi jalan2, pakai yang labuh, lagi selesa camtu

eelobor said...

setiap bnda yg baik..ada hikmah yg tersendiri. terpulang pd individu smada menyedari atau tidak

rosnanie said...

eelabor, thanks datang umah kita... ya betul cuma kgd2 kita je lupa nak buat checklist dalam diri kita