Salam
Pernah tak bila kita pergi makan tuan punya kedai makan atau pun pekerja kedai makan kerek ngan kita? Itu lah yang pernah terjadi pada kami di sebuah kedai makan di Shah Alam ni. Kedai tersebut merupakan kedai yang agak selalu kami pergi bila nak dinner. Biasanya weekend sebelum atau selepas ke giant kami akan makan malam kat kedai tersebut. Dek kerana kekerapan makan kat situ kami dah biasa booked dulu sebelum sampai untuk memudahkan dan cepat dapat makan.
So nak dijadikan cerita, pada malam itu suami book dulu sebelum sampai, as usual lah kan. Sesampainya kami di kedai tersebut kami lihat ada satu meja telah diletakkan sudu dan garfu dan juga tanda 'BOOKED'. So mengandaikan meja itu untuk kami, kami terus duduk. Tapi sebaik sahaja kami duduk, terdengar suara menjerit, "Hey.. meja tu dah ada orang booked la..". Dengan suara yang nyaring isteri tuan punya kedai menjerit, rupa-rupanya kepada kami.
Terpinga-pinga kami seketika. Meja ada satu jer yang ditempah dan seingat kami, kami dah tempah tapi kami telah dihalang untuk duduk disitu. Malas cerita punya pasal kami berpindah ke meja lain. Suami yang masuk lambat sedikit bertanya kenapa kami tak duduk di meja yang dah 'booked'. Tapi belum sempat saya cerita, pekerja kedai itu datang minta kami pindah ke meja 'booked' tadi, tetapi saya dah malas nak bangun. Kemudian isteri tuan punya kedai tu baru terhegeh-hegeh datang, "oo.. meja tu abang yang book ker, tak per lah, pindah ler situ". Tanpa satu pun perkataan maaf, dan hanya bercakap kepada suami kita, agaknya apa perasaan saya masa tu?
Dan malam itu saya makan tanpa perasaan. Hanya sedikit yang mampu ditelan. Suami bertanya beberapa kali apa yang terjadi tetapi saya tak mampu bercerita, bimbang air mata tumpah di kedai makan, nanti orang ingat kami laki bini bergaduh pulak. Selepas malam itu saya dah tawar hati untuk ke kedai itu dan rasanya tak akan makan lagi di situ. Malas melayang orang yang kerek dan berlagak macam tu. Baru nak maju sikit dah mula menunjukkan riak sombong!
*
24 comments:
26 Dzulhijjah 1430
Salam
Dah minta duduk semula kat meja 'booked' tu.... dah kira minta maaf le tu.....
Ramli AR
Abe li, maaf kena pada ungkapan, baru nampak kesungguhan. Kalau setakat pelawa duduk tp macam tak ikhlas, macam mana orang nak tahu kita minta maaf ke tak
Salam..
Biar beradab walaupun tak sedap org akan mkn dengan hati yg lapang... Kalau tuan kedai lemah lembut tutur kata dan sentiasa bermanis muka, ramai org akan datang.. Senyuman tu sedekah.
kalau akak pun tak mungkin akan makan lg kt kedai mcm tu (mcm batu api pulak)
Salam kak niza, betul tu, setuju sangat
hehehe, sokong kak ros. jgn di layan sgt kalau tuan kedai bersikap gitu. ambik langkah bijak dgn tidak mengunjungi lg ke ke situ. masih byk pilihan yg ada. mkn dgn hati yg tenang & enjoy bila bersama keluarga baru terasa keseronokkan. pernah terjadi jgk kpd eelobor, cuma situasinya yg berbeza.
Salam eelobor, hehehe... rasanya macam tu lah.. tak pegi dah kedai tu
sis nanie kat mana kedai tu nanti kalau az g s.alam x g dah kedai tu hahaha berlagak x bertempat. mcm kedai dia satu je kat situ:D
p/s: novel dah abis lom baca?
Az, tak per ler, nanti sy bagitau kot email ker, fon ker, tak sedap ler pulak kalu nak publish kt sini. Bg ler email add, email sy rosnanie2201@yahoo.com
novel lum sempat habis baca, seminggu ni asyik bw anak berjalan jer. Tak per, kalau betul2 pulun, sehari boleh hbs 2, tp tak nak ler pulun, dh hbs takde apa dh nak baca
Susah sangat agaknya nak menghulurkan permohonan maaf dan memaniskan muka. Kalau kakcik, lambat pulak la nak singgah semula ke situ .....
Salam kak cik, tu ler pasal... boring kan cam ni
Kesian betul...
Saya faham apa yang ROS rasa sbb saya pernah rasa begini:
saya dan suami keluar dari pasaraya, tertembung dengan sorang wanita. (Sebelum tu saya dah berselisih dgn pompuan ni di dalam).
Rupanya kenalan suami. Mereka berborak ler.. si pompuan tu siap gelak-gelak lagi. Tapi mata tu langsung tak memandang saya kat sebelah suami. Saya macam orang bodoh jer tak faham depa dok borak apa...
Mujur pun tak lama, kalu tak, harus gak saya kata, “Saya pegi minum dululah yerrr...” ahahaha... Nanti dia ingat saya kontrol suami plakk
Balik tu saya perli suami, “kawan awak tak tau ker awak dah kahwin? Awak tak ingin ker nak kenalkan saya pada dia?”
Mujur tak bergaduh... bengang saya dibuatnya...
betul kak azie, ni pun satu hal. Selalu jgk kes kenal ngn suami, kita yg bini ni dia buat dek jer. Kalau lelaki memang kita tak heran, ni yg perempuan ni. Pernah jgk jd kt saya, nasib baik selisih jer, bukan borak, yg dia tegur laki kita, dgn kita muka pandang lain. Menyampah kan?
Salam,
Banyaknya batu api kat sini..mai nak tambah lagi satu..Kak leha pun rasa-rasanya lambat juga la nak pi balik restoran tu..Kita bukan dendam tapi satu pengajaran buat orang berniaga.
Dia kena la ingat Customer is always king...
jika kita tegur dia dengan baik pun belum tentu lagi dia boleh terima teguran kita..Dia pun nak control macho juga.
salam kak leha, betul... setuju sgt, tks
assalammualaikum ros
kalau saya, memang tak pegi dah restoran tu
Waalaikumsalam cikgu
Saya pun buat masa sekarang tak pegi dah , tak tahu la pulak kot lama2 bole lupa
Memang selalulah perkerja2 yang dah buat salah tapi sikit pon taknak mohon maaf, tak kiralah perkerja kedai ke restoran ke supermarket ke...banyak kes seperti ni tapi kebanyakannya jarang yang mohon maaf kepada customer...sombong dan tak pandai jaga hati customer...kadang2 meluat dengan org macam ni...nak pulak kalau Melayu, sbb org kata Melayu ni sopan santun beradab, tapi bila berlaku perkara macam ni memang boleh HOT jadinya...susah sgt ke nak mohon maaf? rasanya dari kecik dah diajar tapi bila dah besar ntahla sumenya lupa...
wah dah ada beli buku online, nanti la az add kan:)
x per kalau habis cpt buku ni nanti kn x ada plak g nak di baca:D
salam Asraf, selamat datang
Itu lah kan, walaupun kita ni melayu, tp bila orang melayu buat perangai mesti kita marah jgk kan?
Az, hehehe... itu ler die
kadangkala kejadian macam ni menjadikan kita serikkkk..kalau saya memang saya pun rasa macam nani..entah-entah siap lari keluar dari kedai tu..biar dia muhasabah sendiri..
ermmmmmmm susah,memang susah....
Maaf satu perkataan cukup simple,tetapi cukup sukar diungkapkan...
Cuma bagi kita yang terkena,haruslah mengambil jalan selamat...
apa yang penting ialah kita harus menerima hakikat bahawa 'maaf' memang sukar diungkapkan kecuali oleh orang-orang yang benar-benar memahami perkara terebut.
oleh itu tidak perlu menuntut maaf kerana maaf yang dituntut biasanya tidak ikhlas,kita boleh sahaja mendesak pekerja atau pemilik kedai tersebut untuk memohon maaf tetapi maaf yang diucapkan tentu sahaja sekadar bahasa kerana terpaksa,apakah ucapan maaf yang terpaksa itu bererti bagi kita?(Cuma dalam kes2 tertentu perlu tuntut meminta maaf - umpamanya fitnah)
Tentu sekali tidak kerana disebalik 'maaf terpaksa' tadi pemilik atau pekerja kedai itu mungkin akan 'pok pek,pok pek' dibelakang kita dan ini akan menambah lagi perkara yang tidak elok.
Rasa geram atau rasa sakit hati ini melibatkan kesihatan kita,ianya menjadikan kita stress...
Jadi alangkah ruginya bila makan pun tak berapa selera,tak de keceriaan yang sepatutnya makan malam sekeluarga akan lebih meriah.
Sepatutnya kita bersikap memaafkan orang yang tak sanggup meminta maaf supaya diri kita tidak terjejas....
wal-llahu-aklam
Kak siti, tu ler dia, tp mlm tu sebab dh order malas nk cari kedai lain, telan jer ler, hmmm
Abe him, hehe... tks 4 the nasihat tu.. bukan simpan lama pun marah tu, cuma melahirkan rasa hati... kan meluahkan dalam blog ni juga satu terapi...boleh release apa....
Post a Comment