Kedai Buku Online

Tuesday, December 22, 2009

DOAKAN SAYA

Salam,
Semalam teman suami ke bank. Sementara tunggu suami selesai urusan saya dan anak-anak awalnya bersama-sama dengannya tunggu di dalam bank tersebut. Tetapi, biasa lah anak-anak yang aktif, tak tahu duduk diam, akhirnya suami buat keputusan supaya kami menunggu sahaja di dalam kereta. Saya merasa lega kerana saya tidak perlu lagi terlalu sibuk mengawal mereka, apatah lagi si kecil tu yang sampai baring-baring atas lantai, bila kita angkat dia lembikkan badan.
Tidak berapa lama selepas kami berada dalam kereta, tiba-tiba datang seorang lelaki menjual keropok. Dari pakaiannya (dia memakai jubah dan kopiah) nampak macam orang baik-baik sahaja. Bila dia unjukkan keropok saya cuma gelengkan kepala tanda tak mahu. Tapi mengejutkan bila dia tetap tidak mahu berganjak dan mahu saya turunkan cermin kereta. Saya terus gelengkan kepala sambil tunjuk kepada keropok untuk memberitahu lagi yang saya tak mahu beli keropok tu. Bukan niat nak menyombong tetapi bukan jenis saya beli sembarangan macam tu, sementelah kat rumah, stok keropok berpaket-paket, nak goreng jer malas.
Bila saya tak mahu buka tingkap, dia cakap dengan kuat, sampai saya boleh dengar suara dia, "kak tak nak beli tak per, doakan saya jer". Pada masa itu walaupun tak faham apa maksudnya, saya cuma anggukkan kepala. Tapi lelaki tu seolah-olah tidak berpuashati, dia tetap mahu saya buka tingkap kereta. Saya buat secara isyarat, saya tunjuk kepada keropok, saya tak nak tetapi saya doa. Pun dia masih tidak berpuashati, marah jer rupanya, tergeleng-geleng kepalanya. Saya mula tidak pedulikan dia, walaupun dalam hati terasa takut juga, risau dia naik angin, sedangkan saya hanya dengan anak-anak sahaja di dalam kereta. Alhamdulillah kereta telah dikunci awal-awal lagi walaupun dia tidak menunjukkan tanda-tanda nak buka pintu sendiri.
Tiba-tiba dia bergerak menjauhkan kereta dan bila saya berpusing untuk melihatnya saya nampak dia menuju ke arah suami saya yang sedang menuju ke arah kereta. Bila suami buka pintu kereta saya boleh dengar dengar jelas apa yang dia katakan, "abang tak nak beli tak pe, saya cuma nak minta abang tolong doa untuk saya, doa saya murah rezeki supaya saya boleh sara keluarga. Saya bukan minta sedekah untuk masjid ke apa ke, tapi saya minta murah rezeki untuk saya sara keluarga saya." Kemudian sambil menjenguk kepada saya, dia berpesan "kak, doakan saya ye"
Saya hanya mampu tersenyum dan menganggukkan kepala. Suami lantas menyeluk poket dan menghulurkan sedikit duit lalu disambut dengan senyuman oleh lelaki tersebut seraya berterima kasih. Bila dia berlalu dan kami pun beredar dari situ, suami berkata, "memang kadang-kadang kita rimas tapi bila difikirkan balik, mungkin dia pernah ditimpa musibah sebab tu dia jadi begitu, dan kita tak tahu bahagian kita nanti"
Betul, kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi kepada kita kemudian hari nanti. Kita cuma mampu berdoa semoga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya. Kita cuma mampu berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita, permudahkan kehidupan kita dan jadikan kita sebagai hambaNya yang bertaqwa. Tapi kita tak pernah boleh tahu apa ketentuanNya sehingga lah perkara itu terjadi. Berdoalah semoga kehidupan kita sentiasa dipermudahkan dunia dan akhirat.
*

15 comments:

azieazah said...

Aminnnn....moga murah rezeki beliau untuk menyara keluarganyaaa....

aminnnnn...

adakala situasi sebegini membuatkan kita terperangkap dengan persoalan yg serba salah...

myQza said...

kalau saya kak,
mmg takut hadapi situasi tu. mungkion niat dia baik. tapi kita yg gerun tgk aksi dia.

bg sya.. klau org sudah tidak mahu.. jgn desak2 walau dia guna kata yg baik2.

Kakcik Seroja said...

Salam Nanie...

kakcik pernah berjumpa lelaki sebegitu di stesen minyak. Dia bukan keseorangan, tapi ada kumpulannya. Tak mengapalah, kita doakan semoga dia murah rezeki, begitu juga dengan kita semua.

Jangan lupa kunci kereta walaupun kita berada di dalamnya. Musibah boleh terjadi tanpa kita duga. Sedangkan beringat boleh terkena, apalagi jika kita leka...

Cetusan said...

Amin, tak salah berwaspada pada zaman ini.

ada sesuatu yang ingin disampaikan heee

rosnanie said...

salam kak azie
betul, serba salah sangat pada masa tu, antara kesian dan takut.



Salam tedi, memang masa tu takut, sebab tu tak buka2 juga tingkap, risau kena orang psiko, tambah2 kita ngan anak2 jer masa tu

rosnanie said...

salam kakcik, insya Allah sy akan sentiasa beringat. Zaman skrg mcm2 boleh berlaku

salam ZZ, betul, bersangka2 untuk berwaspada

Unknown said...

22 betul..
Rosnanie pun betul..sbb berhati-hati..
Hubby pun betul sbb memberi pada yg berkehendaki..
Semoga kita semua dimurahkan rezeki..

Unknown said...

22 betul..
Rosnanie pun betul..sbb berhati-hati..
Hubby pun betul sbb memberi pada yg berkehendaki..
Semoga kita semua dimurahkan rezeki..

rosnanie said...

salam LB
Amin, doa untuk kita semua...

ardz amy said...

situasi begini rasanya kerap terjadi di mana2, kekadang kita takut dan sempati pada yg sebegini, bukan bermksd kita menyombong, tp memikirkan keselamatan diri dan juga yg bersama2 dgn kita, kita x mampu menilai siapa dia, baik ke jahat ke.

cuma simpati mungkin keadaan hidup dia yg terdesak membuatkan dia terpaksa hidup dalam keadaan sebegitu, semoga Allah memberikan rezeki yg lebih kepadanya

Unknown said...

Salam Ros. Saya pun pernah mengalami cerita yang sama berjumpa dengan penjual keropok berjubah di stesen minyak. Walaupun saya membeli keropok beliau, sempat saya bertanya mengapa jual mahal sangat? Saje nak sakat dan dengar jawapan dia. Dia cakap "government tax" dah meningkat. Saya terus belah. Apalah nilai duit RM10.00 kata hati saya...

eelobor said...

salam kak ros, bagus lah jika kita sentiasa bersangka baik kepada org lain. Tp, mslhnya kt KL ni mcm² cara & taktik. Kadang², Itu yg membuatkan kita berfikir panjang walaupun utk memberikan pertolongan. Ibarat mcm melepaskan anjing tersepit.

rosnanie said...

Salam Az, betul, macam2 taktik org minta sedekah, mungkin ada yg betul2 terdesak tp ramai juga yg menipu, tu yg kena berhati2 tu. Betul, semoga murah rezeki dia

rosnanie said...

Salam my babah, selamat datang

jual tepi jln pn ada gov tax ek? Hehehe... 'bagus' jawapan tu

rosnanie said...

salam eelobor
tu la yg takut tu, cuma atleast dia bw brg bukan minta tadah tgn