Kedai Buku Online

Thursday, December 24, 2009

ngantuknyer

dah dua hari tidur lambat
dah dua malam saya pulun
habiskan 1 novel 1 malam
malam ni mengantuk sungguh
dah tak boleh nak baca apa novel pun
baru pukul 11, mata macam dah tak boleh nak celik
siang hari cuba lelapkan mata, tapi degil betul
sudahnyer kepala yang pening
aduh, batuk pun sakit kepala
ngantuk nyer
zzzzzzzzzzzzz

p/s ZZ, bukan kuseru nama mu.....

17 comments:

azieazah said...

ROS.. Kak Azie dah pernah rasa mcm tu. Pening lalat dibuatnya. Lalok semacam.. kurang2 kena cover balik 44 hari 44 malam.. heheheh..

eelobor said...

hehehe, cam bole rasa jer situasi mcm tuh. eelobor pernah tidak tidur 2 hari 2 malam terus menerus sbb nak tolong kawan siapkan dia punya sebutharga projek. Masuk hari ketiga dh x boleh tahan sgt...sampai terlelap depan pc....itu pun dh dekat waktu subuh. baru faham & mengerti,bila di sebut perkataan halusinasi. hanyut.....jer kepala

Unknown said...

Betul kata azieazah. Tidur malam tidak sama dengan tidur siang. Tetapi kalau sudah biasa, tak jadi hal,macam musang. Malam bekerja,siang melepak. Tetapi jangan amalkan kerana menurut pakar, kulit kita akan jadi tak cantik kerana pengelupasan kulit yang menanggalkan sel-sel mati berlaku pada waktu malam ketika kulit berada dalam keadaan rihat. Cuba lihat,orang yang tidak cukup tidur,kulit mereka akan berbelak-belak. Wallahualam.

azieazah said...

Wahhh best la info BABAH tuu.. Betul lah, tidor malam tu tidur yg rehat. Saya akan tak cukup tido jika outstation jerr.. kalu kat umah memang pastikan tidor 7-8 jam..

ardz amy said...

berbelak-belak tu apa yea? sbg student, az dah biasa keadaan mcm ni, terutamanya kalau ada test or kuiz time tula nak menghafal, sampai kekadang tido mlm tu pun skip, tp lepas je abis test, hahaha tido bagai nak rak, ehm xelok tido lewat tp itula yg selalu diamalkan

rosnanie said...

salam kak azie, lamanya nak cover balik...


eelobor, alhamdulillah, bukan sampai tak tido terus, cuma lmbt sikit, pastu berturut2 hari pulak

rosnanie said...

salam mybabah, yg macam musang tu, husband saya kot, hari2 paling awal tido, kul 12, kalu tak kul 1, 2, kalau esok cuti, kul 3, 4 br tido. (abang, jgn marah aaa...)


Az, kulit terbelak2 tu, bila kulit kita ada rona tak sekata, pendek kata kulit tak cantik sebab sel kulit mati mcm babah tulis tu. Kalu lealki pn tak cantik kulit camtu, pompuan, ish, malu

Az, sy dh lama tinggalkan dunia pelajar, sebab tu agaknya dh tak tahan barjaga malam.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Kena virus novel la ni...
akak pun pernah buat kerja 'gila' mcm tu... sedar2 dh nk subuh. Mengantuk tak boleh tahan esoknya.. letih.
Bila fikir balik, tak dak faedahnya baca bg habis novel mcm tu.. kalau boleh duduk berzikir mcm baca novel tu kan lagi bagus...ihs..ihs..ihs.

Ayiem said...

Nani beso baco crito arnab ngan siput ko?

Kalau pernah baca elok ambik pengajarannya kekekekekeke....

Kita kadang2 pulun kerja atau buat sesuatu sehingga akhirnya kita sendiri terjejas..

habiskan satu novel satu malam sehingga 5 malam tetapi malam keanam dan seterusnya tak mampu lagi nak teruskan atau baca setakat mampu dan sambung pada masa sesuai tanpa menjejaskan kesihatan diri?

bukan soalan tapi berbentuk soalan....

Kakcik Seroja said...

Salam Nanie..

dulu kakcik pernah gak buat perangai tidur lewat sbb baca novel. Skrg ni, pantang ada ruang, rasa nak lelap je!

rosnanie said...

salam kak niza, tu la, kalau buat qiamulail lg by manfaat kan? Virus sendiri cr penyakit, hehe

rosnanie said...

salam abe him,
isk isk bisonyo

nani lamo doh la tok buat kijo lagu tu..

rosnanie said...

salam kakcik
masa study dulu selalu, bila dh keje ni jrg, tp tah camana, buat balik, nasib baik hr ni cuti, lepas suboh bole tido balik,

Cetusan said...

masacuti la boleh lepas geram, geram membaca

Ayiem said...

Ada hadis yang mengatakan tidur sesudah solat subuh mewarisi kepapaan,tidur sesudah solat asar mewarisi penyakit gila.....

Ada kajian yang mengatakan tidur yang tidak berjadual menyebabkan badan menjadi letih...

pilihan ditangan kita.....

rosnanie said...

ZZ, masa cuti lepas geram kemas rumah, huhuhu

rosnanie said...

Abe him,
bkn hari2 buat kerja gini, cuti, boleh la bgn lmbt, tp ttp kena bgn awal sbb anak2 dh bgn dulu, pastu mesti nk mkn, jd, kena jgk bgn masak