Kedai Buku Online

Wednesday, December 16, 2009

PELAJAR DAN PEPERIKSAAN

Salam kawan-kawan
Minggu ni adalah minggu sibuk saya. Student baru lepas exam, so sekarang tengah sibuk tanda paper. Sepanjang saya menjaga/mengawas pelajar semasa peperiksaan berlangsung, banyak kerenah pelajar yang mencuit hati.
Bayangkan kalau ada yang menjawab soalan sambil muka berkerut-kerut, mulut terkumat-kamit. Kalau kita perhatikan memang akan tergelak sendiri. Ada tu pulak yang kusyuk, langsung tak angkat muka, tapi tiba-tiba menggeliatkan badan, hehehe... ingat tak penat, kusyuk sangat.
Ada juga pelajar yang suka menjawab sambil kepala terangguk-angguk, gaya lagak macam orang sedang mendengar muzik. Boleh pulak ek dengar lagu sambil jawab periksa. Hehehe... jangan salah faham, dia bukan dengar lagu pun, cuma mungkin habit dia macam tu.
Ada lagi yang kelakar, student ni jawab soalan berbentuk esei, so semasa dia menjawab, habis kedua-dua belah tangannya terangkat, seolah-olah sedang bercakap, ni mesti kes masa menghafal dulu, tangan dia pun sama menghafal.....
Kalau setakat nengok student termenung jauh, macam tembus dinding, biasa, student kalih sana, kalih sini biasa - ha yang ni kalau over sangat memang sajer cari pasal... "ha awak ni ngaper kalih sana kalih sini, sakit tengkuk? Ke saje nak kena caj meniru, baik awak duk diam-diam". Hehehe... kan dah kena sound. Biasa student macam ni dia bukan nak meniru pun tapi bila dia tak boleh jawab, dia dah kepanasan, mula la dia nengok orang, bila tengok orang jawab kusyuk jer, ha mula la dia susah hati, lagi la dia tak duk diam... hmmm
Kalau nak cerita kisah student menjawab exam memang macam-macam, dan memang akan membuatkan kita senyum sendiri. Hari last day exam dan hari ni juga baru dapat paper, so kengkawan, permisi dulu ye.....
*

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Teringat pulak masa menjawab peperiksaan dulu-dulu. Dah kerja ni pun ada exam gak! :)

rosnanie said...

kak cik nak naik pangkat eh, ada exam, hehe...

azieazah said...

Wahhh seronok ek pengalaman jadi pengawas exam ni..

Kak Azie dah lama tak jadi pengawas ni... dulu2 ada budak junior masuk, dan ada training.. merasa gak lerrr semak paper depa...

ardz amy said...

hehehehe akak tau x mcm nila ragam az jwb periksa, time leh jwb tu mmg x angkat muka, bila x leh jwb tu start la wat muka berkerut, pen pun digigit2 nya konon nya mencari ilham la tu, pastu plak ltk kepala atas meja la hehehehe betul byk ragam time jawab periksa ni, tp yg x syoknya bila kita mmg dh hafal fakta tu time nak bg jwpn time tula plak leh ilang apa yg kita hafalkan. hukhuk inila yg selalu terjadi. kekadang tu boleh confius ngan fakta yg lain hehehe
apa pun ada 3 sem lagi utk abiskan periksa lepas tu masuk praktikal.

p/s: sis nanie ngajar kat mana?

Unknown said...

Eloklah tu..
mengimbas pengalaman lama..
Lepas ni 'tanda' paper tu betul2 noo..jgn sampai baby yg ada kat umah tu tolong tanda sama lak..ok..hee

rosnanie said...

kak azie.
tak seronok ler... sebab benonyer, kita yang nunggu ni rasa ngantuk. Ye la bayangkan 2 jam tercongok, bila boring, buat2 round, cuma yang best bila 1/2 jam terakhir, baru bz skit sebab budak2 ramai yang minta extra kertas, tak pun budak2 minta nak kluar, hehe

rosnanie said...

Az, mana bole tau, rahsia... hehhe.. nak tahu jgk? email la kat kite, nanti kite bagtau, hehhe.. jgn mara aaa...

rosnanie said...

En LB, paper tak ley bw balik, kena pulun kt ofis jer, bw balik kalu, baru ler penuh dgn lukisan abstrak, hehehe, ramai kat rumah tu yang nak tolong, tolong sibuk

p/s ni tinggal satu soalan jer lagi

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Tu gelagat budak2...
Tp gelagat org dewasa yg ambik exam pun sama dan ada yg lebih teruk.
Akak ni baru habis ambil exam sem ni(sambung belajar). Mcm2 dengar dan lihat telatah cikgu2...
Ada yg meniru walaupun tahu hukuman berat (laporan meniru dihantar ke jabatan) sampai sanggup bawa 'toyol' (nota kecik) dan bila nk kena tangkap sanggup telan kertas tu... ustazah lg! hancus....

rosnanie said...

Salam kat niza
teruk kan mcm tu? Pernah jgk dgr cite cikgu2 yg sambung balajar ni upah student lain buat assignment, hish... tak berkat belajar kan? Pastu memburukkan nama cikgu jer, yg buat sorang dua, tp terpalit ke muka semua orang