Kedai Buku Online

Monday, December 21, 2009

SARAPAN

Salam untuk semua, semoga hari anda terus ceria. Pagi Jumaat kami balik ke kampung di Perak, ada kenduri sempena perkahwinan anak saudara kepada suami. Majlis pertama untuk kategori anak saudara bagi suami, lagipun anak saudara yang ini merupakan anak saudara sulong, kira yong la ni.

Pagi, pukul 7.30 kami bertolak dari rumah, cadang nya nak singgah di tol R&R Rawang, tapi kereta penuh pulak hari tu, mungkin ramai yang balik bercuti kerana cuti umum sempena tahun baru Hijrah. So kami lajak lagi ke hadapan, suami cakap mungkin kat Tapah boleh berhenti. Tapi kat Tapah, kereta beratur sampai ke susur masuk, so, lajak lagi ke hadapan. Akhirnya kami buat keputusan makan di kampung, kata suami kita makan di 'kedai sombong Kampung Talang'. Saya ikut jer, sebab saya suka makan di kedai tu, walaupun makcik dan pakcik kedai tu sombong, tapi nasi lemak dia special. Sebab apa special, sebab saya tak pernah jumpa nasi lemak pakej macam ni.


Cuba kawan-kawan perhatikan, nasi lemak + sambal ikan bilis + telur goreng + sayur kacang buncis goreng. Haa... ni yang special ni, kat sini, pakej ini adalah pakej nasi lemak biasa. Dan rasanya memang se special rupanya..hmmmm memang sedap....

Dan yang kat bawah ni pulak menu amirul pagi tu, roti telur, sedap jugak dan garing, walaupun kuah dia kurang kick sikit...

4 comments:

azieazah said...

Kak Azie suka juga nasik lemak style Jawa. Ada sayur Kangkung dan dibubuh sekali sebagai pakej...

Naper tokey kedai tu sombong? Mujur menu dia sedap.... uishhh

rosnanie said...

Salam kak azie,
Entah ler, mungkin jenis tak reti melayan pelanggan kot, sebab bila orang order je, esp bila pelanggan ramai dia macam kalut, bila kita order dia akan ckp, "yalah, nak buat la ni". Sebab tu jadi macam sombong. Kalau orang tak biasa memang terasa, mungkin boleh terdetik, 'makcik ni nak meniaga ker tak?'

Ayiem said...

ermmmm roti canai,aduss kena jogging 5 km oooo utk sekeping roti canai nih,rasanya tak sesuai untuk abe him yang jenis tercangguh 24 jam depan laptop kekekekeke....

rosnanie said...

Tu la, sebab nani tgk perut tu makin lamo makin ke depan jer, bawak2 ler berjogging, duk depan komputer jer, lama2 sakit tulang belakang baru tau, hehehe...