Kedai Buku Online

Thursday, December 10, 2009

SIAPA DAN MENGAPA

Salam, lama dah tak menulis. Hari tu kononnya nak habiskan baca novel, tapi sibuk punya pasal baru dua jer yang tamat. Tapi kali ni saya bukan lah nak bangkitkan lagi kisah novel, tetapi suatu kisah lain yang patut kita ambil perhatian sama-sama.

Minggu lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar. Pada awalnya dia cuma bertanyakan tentang matapelajarannya tetapi kemudian dia mula bertanya, "Puan ada dengar cerita apa-apa tak pasal kelas saya?" . Saya terpinga seketika sebelum bertanya apa yang dia maksudkan. Bila saya nampak macam tak tahu apa-apa dia mula merasakan kelegaan. Saya mula mengorek cerita, tapi katanya, "puan, memang ada something yang terjadi pada seorang student kelas saya tapi please jangan korek dengan saya sebab saya tak boleh bagitau puan apa-apa, kalau pun cerita ni tersebar, saya harap bukan dari mulut saya."

Saya hormati keputusannya, mungkin dia telah berjanji dengan kawannya itu supaya menyimpan rahsia, jadi dia terpaksa menutup mulut. Maka persoalan siapa, apa, mengapa saya biarkan sahaja begitu. Tak mungkin saya nak paksa dia bercerita, lagipun saya masih ada sumber lain yang saya boleh dapatkan cerita.

Beberapa hari berlalu dan pada hari ini dapatlah saya tahu cerita sebenar. Telahan saya tepat cuma saya tertanya-tanya siapa? Rupa-rupanya seorang pelajar kelas itu ditangkap khalwat oleh penduduk kampung. Telah lama perkara itu dia lakukan tetapi masih tersimpan baik sehinggalah sehingga pada hari malang itu. Mungkin itulah pengajaran yang baik untuk dirinya.

Bila difikir-fikirkan balik, patut lah setiap kali saya menasihati mereka (secara rambang) tentang pergaulan lelaki dan perempuan, pakwe makwe, dating dan sebagainya, pelajar tersebut akan diperli-perli olah rakannya, dan dia cuma gelak-gelak. Saya sebagai pensyarah tidaklah mahu menaruh perasaan negatif kepada mereka. Jadi saya cuma diamkan sahaja. Silap saya juga tidak mengorek cerita awal-awal, kalau tidak mungkin masih boleh selamatkan dia dari terus hanyut.

Saya sehingga kini masih merasa sangat sedih dengan sikap pelajar-pelajar. Bukan satu dua kes sebegini, malahan ada yang sehingga melahirkan anak. Betapa tidak sayang mereka dengan diri mereka sendiri, apatah lagi jika seorang perempuan, apalah yang ada pada seorang perempuan jika mahkota telah diberi kepada yang tidak halal.

Masih ingat waktu saya belajar dulu, seorang ustazah memberikan perumpamaan, seorang wanita ibarat sebiji belon. Kami semua tergelak-gelak dengan perumpamaannya, ye la, wanita=belon? Kelakarkan? Kemudian dia keluarkan tiga belon yang belum ditiup, satu dibiarkan sebegitu sahaja, satu lagi diramas-ramas sehingga keronyok dan satu lagi di tiupnya, tapi kemudian dilepaskan angin. Katanya, cuba buat perbandingan antara ketiga-tiganya, mana yang masih berkeadaan baik? Tentu sekali yang tidak dibuat apa-apa kan? Katanya lagi belon yang kedua ibarat wanita yang telah ringan-ringan dengan lelaki bukan muhrim, manakala belon ketiga pula ibarat wanita yang telah mengandungkan anak luar nikah, yang sudah tiada bentuk asalnya.
*

21 comments:

azieazah said...

Tumpang simpati dengan kes yang berlaku..

Susah nak komen.. Masing2 ada anak ni..
Cabaran jaga anak dara zaman sekarang ni sungguh buatkan kita jadi seriau...

rosnanie said...

betul kak azie, bila berdepan dgn perkara macam ni mula la ingat anak sendiri, nauzubillah, jauhkan lah diri kita dan ahli keluarga kita daripada maksiat zina

Unknown said...

Inilah yg dinamakan gejala sosial..
Bukan nak ngajar Rosnanie tapi itu lah kenyataan apa yg diperkatakan dan yg banyak berlaku laa ni..
Lihat (1 by 1)..sistem pengisian atau dgn kata lain kurikulum dan sukatan pelajaran sekolah..ada pendidikan akhlak dan tasauf? Peringkat rendah..menengah..apatah lagi tinggi..kononnya depa dah boleh buatkeputusan sendiri..langsong terlepas tali..
- Bukan sedikit gejala ini juga berlaku dari tingkahbudaya beberapa kerat tenaga (kerana setitik nila..) pengajar yg meracuni sikap pelajarnya..
- Gejala sebgini juga sebenarnya berlaku diperingkat atas (para tenaga pengajar pelatih)..sebelum mereka itu sendiri melompat kedalam kancah penddikan sebenarnya.. ibarat ketam mendidik anak berjalan lurus..
- banyak lagi laa nak berleter nih..geram tapi tak tersembur semuanya..
smua pihak kena berkerjasama dalam menangani masalah ni..
Dalam masa yg sama elok juga kerajaan tak de lah dok GALAK sangat dgn program2 yg menggalak kearah tu..spt..? banyak lah..kan!
p/s- risau dgn anak cucu kita nanti..

rosnanie said...

salam, terima kasih LB kerana sependapat dengan saya. Geram? Bukan setakat geram lagi dah, dah tak tahu apa istilah yang nak digunakan. Betul ,risau dengan anak cucu kita nanti...

Kakcik Seroja said...

Perkara begini sebenarnya bukan baru berlaku. Cumanya sekarang ia semakin 'berkembang biak' bagai tiada kawalan. Tak tahu siapa yang hendak disalahkan. :( Masa kakcik di Tingkatan 5 dulu, ada seorang pelajar perempuan sebaya kakcik (bertukar dari sekolah lain) sanggup datang ke sekolah dalam keadaan mengandung 8 bulan dan masih memakai pakaian seragam skirt dan kemeja!

azieazah said...

Zaman saya sekolah menengah dulu (80-an) pun dah ada kes beranak sendiri dalam tandas..

Kecoh ler sebab jarang berlaku.

Sekarang ni... selamba jer anak2. Saya kalu terpaksa kuar di hari Sabtu, selalu bengang (macam marah tak lepas) bila tengok anak2 remaja melepak kat area Times Square tuh.. muda2 lak lagi..

umur pun dlm 13-15 tahun jer.. tapi dressing, mak aiii..dasat tul

Allahuakbar.. takutt.. Saya ada 4 anak dara...
Lindungilah generasi kita..

Guru said...

assalammualaikum

teringat kes pelajar U yang mati semasa melahirkan anak luar nikah tempoh hari kan...

susah nak kata,
bukan budak2 yang liar sahaja
bahkan
anak-anak yang ke sekolah agama
dan baik budi bahasa
yang selalu menjadi mangsa
kerana kita ingat mereka ini terpelihara,
mak bapak kena selalu peringatkan anak2 dan kita kena selalu doakan mereka terjauh dari fitnah ini

ardz amy said...

inila dia ibu2 yg menyayanyangi anak dara masing2, beginila juga ibu sy yg risaukan sy dan adek sy yg bongsu, kalau sy nak kelua dgn kawan2 semua soalan kelua, kelua dgn siapa, ngan apa, naik apa, balik nanti ngan sapa, n last sekali warning nya tiap kali kelua, balik b4 maghrib, n jgn nak menggatal. kekadang mara juga sbb mcm x percaya pada anak sendiri, tp bila pk balik yeala sy anak nya mestila dia risau, selalunya bila sy ungkit perkara ni ayat yg selalu dia jwb, nantila bila along dah kawen, dah ada anak sendiri, along akan fahami perasaan umi. so sy akan mengelak berbincang perkara ni sbb sy x nak dia sedih.

entahla mungkin disebabkan dunia tanpa sempadan, menyebabkan kes2 sebegini berlaku, sy nak komen pun takut sbb sy sendiri pun anak dara lagi hahaha tp mcm yg umi sy ckpkan, budak sekolah buat cr sekolah jgn nak menggatal. hehehe

Cetusan said...

simpati diri. Salahsatu godaan seorang gadis. cobaan.

pstt.."..gosip2 antara guru dgn anak murid tiada ker? hhee

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Nampak gayanya dimana2 pun sama.. baik di sek men atau peringkat lebih tinggi, masalah sosial adalah masalah utama.
Dari pengalaman akak, kebykan yg terlibat dgn msalah sosial ni tak ada amalan agama. Kalau solat pun ambik lepas pndangan mak bapa sj.
Fenomena HP canggih boleh upload gambar lucah, salah satu punca pelajar teransang nk cuba. Di sek akak, waktu maghrib adalah waktu couple ni buat onar.. kt kantin sek pulak tu. Org lain sibuk solat, mrk sibuk buat onar.
Nasihat memang tak jalan sbb pengaruh bercouple ni kuat sgt.
Akak plg frust sbb ada anak murid akak sanggup ambil gambar separuh bogel dan kirim pd boyfnd dia. Bila gambr tersebar, mak bapa marah cikgu pula..walhal bapa dia pn cikgu...

eelobor said...

mmg byk berlaku skrg, mgkn sudah menjadi satu kebiasaan. isu ini mmg sepatutnya di ambil serius oleh smua pihak.

zeq: x pernah dgr ker gosip cm gitu? pernah gak berlaku tu....

rosnanie said...

salam kakcik, sepatutnya yang berkembang biak tu la yang nak kita bendung kan? Kalau yang berkembang tu ke arah kebaikan, wajar kita galakkan, tapi kalau mcm ni? Aduh... terseksa jiwa raga

rosnanie said...

kak azie, tu la, kalau kluar ngn anak2 lg susah, nak jaga anak2 takut anak2 ingat itu adalah biasa, selalu bgtau anak2, apa yang diaorg buat/pakai itu tak betul... sekarang kecik lagi, ikut la ckp kita, esok2 dh besar, byk pengaruh luar, tu yang risau tu

rosnanie said...

cikgu normah, betul... kdg2 yang ke sekolah agama lg dasyat. Tu la, pucuk pangkal iman, bg ler tarbiah camana sekalipun, kalau tak nak berubah memang tak jadi

rosnanie said...

Az, apa yang umi az buat tu betul sgt, memang sebab dia sayangkan az. Ibu mana yang tak sygkan anak. Sementara mak/ayah masih ada, taat lah pada mereka, tak akan rugi. Betul ckp umi az, bila kita jd ibu baru kita fhm perasaan ibu, tp sebenarnya tak perlu lah kita tunggu kita jd ibu untuk faham perasaan seorang ibu kerana sebenarnya masa tu dah agak terlambat. Kan baik kalau kita faham dari awal, supaya hati mereka sentiasa tenang dgn kita

rosnanie said...

ZZ, malas la nak gosip ngan awak, buang karan jer, hehehe....

rosnanie said...

salam kak niza, tu la, zaman makin canggih, benda2 tak elok tu senang sgt nak dapat. Kt dlm youtube tu pn dh mcm2, belum lg web porno yg lain. CC berlambak2, byr jer. Mak ayah percaya kat anak2 ingat anak2 guna untuk belajar. Tp sikap sesetengah ibubapa yang manjakan sgt anak2 pn menyampah jgk kn? Cuba byg, sebyk mana cikgu boleh ajar anak2 kalau ibubapa sendiri tak main peranan, betul tak?

rosnanie said...

eelobor tu la, daripada diaorang (orang2 yang berkuasa tu) sibuk bergaduh sana sini, fitnah sana sini, kan baik kalau sama2 fikirkan cara untuk kurangkan gejala ni. Ni masing2 nak menjatuhkan orang lain, sampai benda2 penting macam ni pn terabai

Aduh... kawan2, hati dah lama tak tenteram, semenjak jd pengajar ni, mcm2 kes jadi, buatkan kerisauan mcm tak pernah ada penghujung. Marilah kita sama2 doakan diri kita dan keturunan kita dijauhkan dari malapetaka ni. Amin...

ardz amy said...

betul tu sis nanie, itu yg amik keputusan dok kat umah ulang alik g uitm, kalau dok kolej nak balik umah pun rasanya malas, lebih suka lepak ngan kengkawan. tq sis nanie nasihat td:)

rosnanie said...

salam Az, terima kasih kembali sebab terima nasihat, az memang anak yg baik.

ardz amy said...

anak yg baik amiinnnn sis harap2 la sampai akhir hayat az jadi anak yg baik.