Kedai Buku Online

Tuesday, December 29, 2009

Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa

Salam, artikel ni saya cedok dari web Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman, sangat mengesankan ceritanya. Harap dibaca ulasan UZAR sampai habis.


Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman


SOALAN

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -

jawapan dalam web UZAR


update pada 30 Disember 2009

Untuk Diera dalam artikel di atas, sebenarnya jalan untuk nya terlalu luas, dia sahaja yang refuse untuk melalui jalan itu.


Adatnya jika kita mahukan sesuatu, kita tentu akan berusaha ke arah itu. Jika kita hanya menunggu masa yg akan sampai, ianya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Bukan kah baik jika kita berdoa dan memulakan langkah pertama. Dia menyatakan yg dia sentiasa menjaga tingkah laku dan solatnya. Bukankah lebih baik jika perilaku baik itu disusuli dengan kesempurnaan pakaiannya, supaya sempurna semua amalannya.

Sebagai contoh, jika dia bersolat, pahala untuknya. Seusai solat itu dia keluar dari rumah dengan tidak menutup aurat, dan berjumpa dengan bukan mahramnya, dan lelaki itu melihatnya, maka dosa tercatat di situ untuk dia dan untuk lelaki itu. Bayangkan sehelai rambut jika terlihat oleh lelaki bukan mahramnya, makan 70 tahun di neraka, jika keseluruhan kepala? Itu baru seorang lelaki yang melihat rambutnya, jika 100 aatau 200 orang lelaki yang melihatnya? Itu belum lagi dicampur dengan dosa kerana kita menyebabkan lelaki lain berdosa melihat aurat kita. Adakah dosa itu boleh diseimbangkan dengan pahala solat yang kita dapat pada hari itu? Wallahualam....
*

20 comments:

Unknown said...

Salam Ros. Kalimat terakhir Si Diera "Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amin..." adalah satu kalimat penderkakaan. Bunyinya saling tak tumpah seperti "Semoga Allah membuka hati saya untuk terus tidak berzina/meminum arak/dll. Amin...". Wallahualam.

azieazah said...

Ada orang takut untuk membincangkan hal yang subjektif sebegini...

Menerima tiada manusia yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan...

rosnanie said...

salam mybabah
wallahualam, sy tak tahu nak komen

rosnanie said...

salam kak azie,
memang tiada manusia yg sempurna. Cuma apa yg penting sebenarnya dalam hidup kita adalah ketaatan kepadaNya. Jika kita taat, insya Allah kita akan berusaha untuk menjadi yg lebih baik setiap hari. Sy letakkan artikel ini di sini bukanlah untuk kondem sesiapa apatah lagi untuk mendabik dada kononnya sy lebih baik dari sesiapa, cuma sebagai salah satu usaha sy untuk menyampaikan ilmu, kerana sedar diri tidak pandai untuk menyampaikan sendiri menggunakan ayat sendiri. Saya sayang anda semua sebagai saudara seislam

Cetusan said...

ros, taelok tuduh lelaki tenung,saya lelaki gak.. tak HINGIN tenung,,

rosnanie said...

ZZ, ingatkan aw2ak ni normal, tak normal rupanya... hehehe...

eelobor said...

kak ros....nasib baik la eelobor masih & sentiasa normal. hehehehe

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam...
Al-Quran > Surah An-Nuur> Ayat 31;
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Allah menyeru hanya pada PEREMPUAN BERIMAN... tak beriman tak dikira. Jd kalau yg tak ikut syariat, tk beriman la..waulahualam.

eelobor said...

".....Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang"

semoga hari yang akan tiba nanti, si dia masih lagi sempat utk berubah

deeja said...

Salam akak....
Sebagai insan biasa kita tak terlepas dari berbuat dosa...Kekadang rasa takut bila memikirkan segala macam dosa yg telah kita lakukan..Tambahan pula kita sebagai wanita,terlalu banyak terdedah ngan godaan...Semoga pintu syurga terbuka luas buat kita semua...Amin...

rosnanie said...

Salam eelobor,
nasib baik ada lagi lelaki normal kt sini.. hehehe...

Doakan semoga dia sempat berubah

rosnanie said...

Salam kakniza, semoga Allah berikan hidayah kepadanya

rosnanie said...

Salam deeja,
Allah sudah menyatakan wanita adalah golongan yang paling ramai di dalam neraka... ini bukanlah saja2 Allah tetapkan seperti itu tetapi untuk peringatan kepada kita semua supaya taat kepadaNya.

Unknown said...

Kalau nak tunggu ikhlas baru nak buat sesuatu suruhan..atau amalan..
maka tertipulah dgn mainan setan..
Time nak buat larangan tak pula tunggu ikhlas..amacam rosnanie..?
Namapun hamba..
mana boleh dok tanya2 dan beralasan lagi..
Tuan dah suruh buat..lakukan jelah..
Untung Tuan bagi maka lagi..
p/s- sedikit dari mereka yg berfikir..

rosnanie said...

betul LB, itu la yg sy maksudkan. Buat sesuatu benda kerana disuruh kita buat. Macm contoh mak kita suruh pegi kedai, kita pegi jgk kan walau tidak ikhlas, apatah lagi kalau sebab kita takut mak marah kalau tak pegi.

sama lah juga, aurat itu yg suruh adalah Pencipta kita, bukan kah ketaatan paling mutlak milik Dia. Tak tutup aurat maksudnya kita tak ikut apa yang disuruh la, betul tak?

Cetusan said...

Azie,
tiada unsur subjektif di-sini,
objektifnya senaman mata.

Cetusan said...

Ros,
siapa saya untuk tiba tahap berbuat sesuatu dgn Ihklas,,
tinggi tahapnya..memula biarkan secara PAKSA..melalui detik dan tahap ikhlas adalah suatu sifat yang cukup kuat dan tegar..

pak long said...

salam...
baca yang ni ingat anak pompuan pak long...
apapun moga ada hikmahnya..

rosnanie said...

salam ZZ, saya pun tak tahu tahap keikhlasan saya, rasanya kita semua pn begitu, hanya Allah yg tahu

rosnanie said...

Salam paklong, saya pn ada anak perempuan, semoga mereka semua menjaga akhlak dan peribadi mereka