Kedai Buku Online

Tuesday, January 12, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Salam
Hari ini saya ingin berkongsi satu buku yang pada hemat saya adalah satu buku yang wajib dimiliki oleh setiap satu rumah. Buku Indahnya Hidup Bersyariat ini adalah hasil tulisan Dato' Ismail Kamus, seorang penceramah dan penulis buku yang tidak asing lagi. Jika kita mendengar ceramahnya memang tidak kering gusi dengan lawak-lawak bersahajanya.

Buku ini mengupas tentang bagaimana kita melaksanakan Fardu 'Ain dalam kehidupan kita sendiri dan juga Fardu Kifayah dalam bermasyarakat. Cara penyampaian yang sangat ringkas tetapi padat memudahkan kita menjalankan fardu 'Ain dalam hidup kita bermula daripada kelahiran sehinggalah kepada kematian. Setiap satu perkara disertakan dengan hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti.

Selain dari itu, kelebihan buku Indahnya Hidup Bersyariat ini (dan juga buku-buku lain terbitan Telaga Biru) adalah gambar-gambar yang dipaparkan adalah gambar-gambar betul, dan bukannya lukisan.

Contohnya jika kita ingin belajar kaedah solat ketika sakit seperti solat duduk atau solat menggunakan mata, selain dari penerangan yang padat, ianya juga disertai dengan gambar-gambar foto yang boleh memberi gambaran jelas kepada kita kaedah rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyyat dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan melihat gambar tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu kita di kala terdesak.

Dipetik dari Sinopsis Stormreaders
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.



Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

p/s En Suami kita cakap, buku ini tak sesuai jika seseorang itu merasakan sudah otai dengan Fardu 'Ain / bab-bab agama ni
*

12 comments:

azieazah said...

Semakin banyak kita baca, semakin banyak kita akan sedar kita tak tahu..

Terimakasih berkongsi dan berpesan-pesan ROSNANIE..

rosnanie said...

sama2 kak, buku ni bagus, tu yang rasa nak kongsi, kadang2 kita tak sedar banyak kesalahan yang kita buat dalam ibadah kita seharian. Nak pegi ngaji (dengar ustaz @ ustazah ceramah)malas. Jadi buku2 mcm ni la yg membantu kita

ummu said...

Salam Kak Ros
TQ ya atas perkongsian ilmu ni
saya sudah beebrapa tahun tidak dapat solat seperti biasa,terasa bagai ada yang kurang je.
ada seorang yang datang bertanya dengan saya,bagaimana cara saya solat?saya jelaskan kepadanya cara-cara solat bagi orang2 seperti saya. kakak berkenaan terkejut,kerana sangkanya kalau sakit tak payah solat,kerana katanya,dia tak solat kerana menyangka apabila dia tak boleh ruku' kerna sakit lututnya,maka dia tak payah solat....asalnya kakak berkenaan datang berjumpa saya sekadar bertanya bagaimana suami saya boleh setia dengan saya sedangkan saya tak seperti orang lain,sedangkan dirinya tak seperti saya tapi sudah sibuk mahu menambah cawangan...

Kakcik Seroja said...

Salam Nanie...

Dalam menuntut ilmu tiada yang boleh mendabik dada kononnya telah penuh ilmu di dada. Mesti ada yang tercicir di sini sana yang tak dapat kita kutip andainya tidak berpaling sekali sekala.. :)

rosnanie said...

salam ummu masyitah
tak dapat solat seperti orang sihat bukanlah bermakna solat kita tidak sempurna... yang sihat mcm sy pn belum tentu sempurna ibadatnya, asalkan kita mahu belajar, insya Allah ada peningkatannya nanti

rosnanie said...

salam kakcik,
betul tu, tp masih ramai yg suka meninggi diri kononnya dia lebih baik dari orang, lebih pandai dari orang lain. Itu belum lagi dikira kalau yang jenis kedekut ilmu, sedangkan ilmu yang baik bukankah elok jika disampai2kan?

...selalu sgt jumpa orang2 mcm ni sebab tu suami ckp mcm tu

eelobor said...

a'aah la, berhajat jugak untuk memiliki senaskah

rosnanie said...

eelobor, mesti dapatkan hari ini juga, hehehe...

ejaescobart said...

salam ziarah..

kak Rosnanie.. memang betul buku ni banyak faedahya.. saya pun dah ada sebuah.. beli bulan 12/2009.. banyak jugak laa kemusykilan saya selama ni telah terjawab..

gambar pun memang realistik.. tak macam sesetengah buku yang hanya guna rajah.. syabas buat Telaga Biru..

rosnanie said...

salam kenal eja
tks sudi singgah

betul, insya Allah, baca buku ni banyak mnjawab persoalan kita

Unknown said...

Terima kasih kerana maklumat yg diberikan.. semoga kita sama mendapat ganjaran barokahnya..InsyaAllah

rosnanie said...

Salam LB, insya Allah....