Kedai Buku Online

Saturday, November 21, 2009

ARNAB DAN KURA-KURA

Sorry, hari ni takde idea nak cite. Nabila ada buat persembahan sempena Hari Penyampaian Hadiah sekolahnya, nyanyi koir. Aktif jugak budak tu (hehehe..macam ibu dia dolu-dolu). Nisa pulak akan ada performance sempena graduation day sekolah tadikanya esok.

So hari ini takde sangat cerita menarik, saya just nak ajukan teka teki kat kawan-kawan sume.

" Arnab dan kura-kura sekali lagi ingin berlumba untuk membuktikan kehebatan masing-masing. Umum sudah mengetahui yang arnab lari laju dan kura-kura lari perlahan. Dalam perlumbaan dulu kura-kura menang sebab arnab tertidur semasa perlawanan. Kali ini oleh kerana zaman sudah maju, mereka akan berlumba di lebuhraya. Destinasi yang dirancang adalah daripada Tol Shah Alam dan tamat di Tol Rawang menggunakan PLUS Highway. Perlumbaan akan diadakan pada hari Rabu. Masa permulaan perlumbaan adalah pada pukul 7.30 pagi dan dijangka sampai setengah jam kemudian.

Persoalannya sekarang, jika dulu kura-kura menang perlumbaan, perlumbaan kali ini juga dimenangi oleh kura-kura. Kenapa?

Siapa jawab dulu dan betul, dapat hadiah...hehehe....

*

17 comments:

eelobor said...

sbb arnab kena speed trap...kena tahan ngn polis

rosnanie said...

good try eelobor,

hehe...mesti sebab arnab laju sgt kan?

azieazah said...

Kura-kura drive Evo 9... hahahaha.. tapi arnab berenti singgah di rumah saya tang Tapah, pekena Kacang Rebus... hikhikhikhik!

zeqzeq said...

kereta jenama Arnab belum keluar, kereta volkseweg/ kura-kura dah keluar

rosnanie said...

kak Azie, race smpai rawang jer... berenti kat tapah tu dh kira terlajak, pastu berenti makan kacang rebus, mcm tu cnfirm kalah... hahahah, nice theory...


ZZ, nanti kita suruh perodua buat satu jenama arnab, pastu race lg... hehehe...

zeqzeq said...

sila jelaskan jantina kura2 dan arnab

eelobor said...

zeq:kalu dua alam?

nok bowok anok main congek cakdong tok leh la pete nih, ujan tok bereti

rosnanie said...

ZZ, kalau nak guna petua nujum pak belalang, mamang tak kena mengena... hahaha..

eelobor, kalu dua alam dia jenis melompat2, lagi susah nak kejar

anak tak ley congek cakdung, main tun todak, hehehe

azieazah said...

Kalu hadiah setakat Perodua, malas Kak Azie nak teka ROS.. kurang2 hadiah 5kg Kacang Rebus, sama 3 mangkuk besar ABC...

baru sedap nak meneka...tak gitu?

eelobor said...

byk nya dia mkn kacang...nti jerawat
ABC musim hujan² ni kna kurangkan
apa pn...nk tau la jgk hadiah yg di tawarkan ape?

azieazah said...

EELOBOR...heheheh... muka dah memang berjerawat pun, kalu takat makan lagi sekilo dua, takda beza punnnn....haahahah

ABC paling saya suka di Belamy (belakang Istana Negara)..yummmyyy! ujan ribut tak kira... jommm...

rosnanie said...

wah..wah..wah... kacang rebus 5kg, air kacang... 5kg kak? biar betul, takut nanti muntah kacang jer...hehehe....

ABC sy suka yang kat giant stadium tu, hmmm marvelous...

errr....sume dah pakat give up ker? Ala, tak best ler cam ni....heheheh

Syed Roseli said...

kura2 tu menang sbb dia dah buang kulit keras kat belakang dia..berat tu beb! hahaha.. :p

ABC yg paling sedap nun kat taiping bawah supermarket larut matang (bekas supermarket):D

echah_syed said...

alaa ros..sory!
combi kat atas tu.aduiii guna laptop huby :p

rosnanie said...

salam kak echah, terkejut gk, ingat kwn baru, hehehe..

kak echah, sian kura2 tu, dh ler skrg musim ujan, mesti kesejukan nanti

azieazah said...

ni pehal masuk bab ABC lak nih? wuaaaa nostalgia tul la ABC Taiping tu weyyy...tingat dulu2 selalu pekena ABC tang area bus stand makan laksa atau char kuey teow.. shopping lak dlm supermarket Larut Matang tuh..

echah_syed said...

azie >> ABC tu masih ade disana.tp tatau owner yg sama atau org lain :)

ABC kat depan bank islam pekan baru tu pun cun arr.jom!