Dipetik daripada Berita Harian:
TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.
Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.
Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.
Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.
"Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .
“Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.
berita selanjutnya, klik
14 comments:
adakah hukuman yang setimpal,
tiadakah tanda2 awal sikap orang gaji, ganas tanpa kemanusiaan...apakah bibit pandai berlakun.
Pembantu rumah adik kakcik dah minta berhenti slps sebulan bekerja... Alasannya, tak tahan dengan bapak kakcik yang suka marah2 w/pun tak boleh bangun. Rasa kakcik, alasan sebenarnya hanya ingin bebas.. permit kerja pun tak ada.. nasib baik belum dibuatkan..
salam,
ZZ, tak tahu lah apa hukuman yang akan diterima,rasanya masih lg dalam siasatan. Tp sepatutnya satu undang2 perlu digubal untuk melindungi majikan/anak majikan dari didera, dan undang2 untuk elakkan bibik dari didera
mendera@didera, dua2 tidak patut berlaku
kak cik, kalau tujuan datang sini hanay untuk bersukaria, bebas, patut jgn dtg.
kwn dulu rugi beribu2 sebab bibik dtg dr hr pertama asyik nangis nk balik, hantar balik, agensi ckp nak ganti tp sampai sudah tak ganti2
kenapa erkk,,
Puan rumah banyak tak disukai oleh bibit berbanding Tuan rumah, Puan rumah banyak membebel kot?
kdg majikan pun kena muhasabah diri gak.. :)
ZZ, lumrah la tu perempuan banyak membebel, kalau tak nak dibebel, buat ler keje elok2, hehe..
kak echah, betul, kdg2 majikan pn perlu bertimbang rasa, layan pembantu macam sedara bukan hamba abdi
assalm cikgusi.. "dalam diri manusia ada sifat binatang,, dalam diri binatang tiada sifat manusia.." jadi manusia yang kejam itu adalah manusia yang bersifat binatang... begitu adanya ..allahuaklam
Abe li, terima kasih singgah.
Cuma sedih, kenapa sifat kebinatangan tu yang diserlahkan, susah sgt ker nak control? Apatah lg terhadap anak2 kecil, sedangkan binatang pun sayang kan anak
Semua dah terjadi..
Kita memang membenci pun..
Hasilnya..? Tentunya dendam kesumat yg membuak-buak..kan.
Siapa yg harus bertanggung-jawab terhadap kanak2 yg malang ni semua..?
Tidak salah ibubapa yg mengamanahkan orang menjaga TAPI adakah sudah diteliti..?
Siapakah yg layak ?
Berapakah umur mereka yg layak?
Adakah sekadar main tangkap muat sahaja? Demi bayaran 'pengurusan' yg lebih murah? ambil saja?
Payah kan?
Pilihlah yg beragama dan umurnya tu biarlah yg bersesuaian yg boleh menyerap segala kenakalan anak2 kita..
LB, susah nak dapat yang memenuhi kriteria kita, cuma sebagai majikan mungkin kita boleh menunjuk ajar
Kak Azie tak penah pakai maid walau ada anak 6 orang...
Kak azie, saya pun cam tu, belum pernah lagi ada maid kat rumah. Dah jadi macam2 ni, lagi takut rasanya
...setiap maid sepatutnya kena undergo check-up psikologi sebelum start bekerja...@ sebagai tuan kepada maid, kena mendalami tatacara/hukum-hakam layanan mandatori kepada maid dlm Islam..sbb tu smpai hari ni saya tk setuju ambk maid (walaupun isteri kesayangan merayu...)..saya lbh rela bantu buat kerja rumah..
kawan cakap ada ujian tu, kat sini la, masa ujian Fomema, tp sebab dah lepas sini, doc lepas jer, patutnya masa kat indon lg tak boleh lepas. Tu la, tgk member2 ada maid, jeles gk, tp mcm2 hal jd, tak kisah la, tak ada pn takper
Post a Comment