Kedai Buku Online

Monday, November 9, 2009

JEJAK KASIH

Assalamualaikum...

Pernah tak sesekali kita terserempak dengan seseorang dan wajah dia mengingatkan kita pada kawan lama kita tapi malangnya kita tak ingat nama, kenal kat mana, tahun bila, dsb. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan dia seolah-olah satu memori yang telah di delete, kita cuma ada satu pengenalan sahaja iaitu wajah dia.

Itu lah yang terjadi pada saya semalam. Masa kami keluar untuk shopping barang dapur, kami singgah dulu di kedai makan ( tengahari semalam tak masak, beras habis, tu yang kena keluar jugak shopping tu). Di kedai makan itu lah saya terserempak dengan seseorang yang rasa macam kenal. Ibarat kata Yassin dalam cerita Senario the Movie, "macam pernah kulihat, tapi dimana ya". Bertambah malang lagi bila dia langsung tidak terperasankan saya. Jadi saya ni macam malu-malu nak tegur, bimbang jugak kalau-kalau bukan kawan kita

Bagitau suami pasal 'member' tu tapi masa tu dah dalam kereta nak ke giant, jadi suami diam je lah. Sampai sekarang masih lagi puzzle, who is she actually? Masa ni mula la terfikir, kan bagus kalau saya ni lebih berani, tak kisah lah kan dia tu kawan atau tidak. Kalau bukan kawan, anggap le lah kita dapat kawan baru, tapi kalau betul kawan, kan boleh jejak kasih gitu... nyesal pun dah tak guna kan, kesempatan macam tu bukan selalu datang..

Selalu macam tu la, bila dah terjadi baru kita nak menyesal, dan tak habis-habis dengan kalau. Kalau ini dan kalau itu, walhal, kalau itu sangat tidak digalakkan dalam Islam....

*

19 comments:

eelobor said...

salam kak, pernah jgk mengalami situasi yg sama. tp, mmg x malu & terus tegur. namun mgkn memori skrg dh berbeza berbanding dahulu. dua² mengakui "macam pernah ku lihat" tp dua² pn still x mengingati di manakah titik pertemuan. agaknya, itu juga mgkn satu tanda,..."usia"

rosnanie said...

kalau dua2 ckp "macam pernah kulihat" lain jd situasinya, kdg2 sembang bukan main rancak, sampai sudah nama tak tahu. NI yang buat saya segan, dia tak perasan saya, saya je yang dok usha2 dia, tu yang buat pk byk2 kali tu

eelobor... alasan saya...dah beranak , memang ler cpt lupe.. hehehe... alasan semata2

Kakcik Seroja said...

Salam Ros..

En. Suami kakcik tu, beberapa kali terserempak dengan orang yang masih mengingati dan mengenalinya. Malangnya, dia pula pelupa. Tapi, bagusnya - dia jenis yang banyak cakap.. dia akan layan orang tu bercakap sampai dia boleh ingat (kdg2 tak igt juga), tapi dia akan buat2 ingat supaya org tu tak kecil hati. :)

Cetusan said...

eh sama cerita semalam jumpa macam Rosnanie, malu nak tegur..


jika ada dua orang senang sikit. kalau ingat nama lagi senang. seorang memanggil nama,mnakala seorang memerhati, pemanggil berpaling arah berlainan elak malu, mana tau dia tak ngaku nama dia, jadi tiada action.
dah menoleh tandanya kenal kawan

Cetusan said...

ada sesiapa yang nak buka topik beserta gambarnya sekali, kumpul sampai cukup 7 keping gambar??bagi seseorang yang serupa..pelandok 7 serupa

ummu said...

Salam kak Ros
saya pun selalu bila terjadi macam tu,rasa bersalah je bila tak berani nak mulakan dulu...takut tersalah orang.Padahal tak slah kan kalau kita bertanya, kalau pun bukan seseorang yang pernah ahdir dalam hidup kita,at least boleh juga tambahkan kenalan.

rosnanie said...

salam semua..

kak cik, saya pun pernah cam tu, sembang bkn main lagi, tp tak ingat2 juga nama. Ada tu, ingat nama penuh, tp nickname lupe, dia cam pelik bila kita skema sgt panggil dia dgn nama penuh

ZZ, tu la, letak la gambar, boleh kenal muka, tak de ler keluar ayat "mcm pernah kulihat tp dimana ya?". Nak cari 7 serupa? ZZ buat la, saya segan

masyitah, tu la, kalau kita ada keberanian... hmmm kalau lagi...

Unknown said...

Tak paa..Rosnanie..
Nanti dilain masa mesti jumpa punya..InsyaAllah..Dunia la ni dah kecik..
Dan lain kali kalau kaum sejenis tu tegur saja..Sebab setan memang dok bisik kat hati agar kita ni berserabut dgn berbagai ''kalau tu..'..
Silap2 nanti akan mendapat jawapan tu masa 'solat'..hee
hhmm..

Hazrey said...

My job requires me jumpa ramai manusia. Lebih berjuta dari lemon. Sungguh sungguh ramai, banyak, berjuta. Maka, keberangkalian untuk berjumpa sekali lagi dan saya dalam keadaan buat buat tak kenal adalah lazim. Amat lazim.

Maka, bila terserempak dengan orang yang mungkin sedang merenung saya, saya akan terus senyum (ehem, terutama awek awek cun, sebab saya tau saya tak ensem, maka bila depa tengok tu, kira bonus laa makcik oiiiii. errr. tapi harap harap meka tak cakap dalam hati, adehh hodohnya mamat ni.. kah kah kah).

Kalau ada yang approach saya, dan berborak sakan padahal langsung saya tak ingat, saya akan kata: "ehh bagilah kad, senang nak contact." hahaha and it works all the time.

And kalau jumpa yang macam kenal, saya akan tegur dan tanya kerja mana sekarang, duduk kat mana sekarang? Ice breaker. That will do.

Tapi, kalau nak senang, bila dah nampak tu, malas nak pikir, terus lari laju laju tau. lols.

Hazrey said...

ehh, anak awak yang pegang hidung tu sangat sangat comel. Heheh.. nanti kalau ada peluang, boleh tak saya cubit pipi dia? mesti pandai bercakap tu kan.. mengomel. heheh.

rosnanie said...

salam semua

LB, insya Allah lain kali nak practise la, jumpa yang rasa2 mcm kenal tu, tanya jer bcoz on 2nd toughts tak rugi pun, tks...

en hazrey, welcome, tak sangka orang popular bole jgk blog kita, tu belum lagi en mazidul yang singgah, rasa mahu 3 hari senyum manjang, hehehe...

yg pegang hidung tu nisaa, kalu en hazrey ada explore kt entry2 yg lain ada sy ceritan pasal diaorang, tp overall, memang byk ckp dan peramah

p/s comel tu ada mcm ibu dia tak, lols 1000x

Hazrey said...

Rosnanie: Haha, saya tak popular. Macam langit dengan bumi. Mazidul popular, saya TIDAK.

Nisaa yek? Haaa... cubitkan pipi dia untuk saya ya. Nanti birthday kita belikan pistol.

Hazrey said...

ehh salah, bukan pistol.. hahah.. teringat my nephew 'paksa' kita belikan pistol. belikan err.. apa yek?

rosnanie said...

hehehe, kalu nak jd pakcik angkat, bole ler belikan barbie doll... mesti
dia terharu nyer...hehehe

Cetusan said...

kalau dah orang senyum ajak borak

..lepas tu tanya
" awak kenaljumpa saya kat mana yer"

terus berlalu dengan malu yang amat sangat.

orang glemer mesti senyum bila ada orang senyum nanti dikata sombong.

Cetusan said...

bagi insan yang bertugas di depan ramai jumpa beratus sehari, kita tak sedar orang nampak kita, sebab tumpuan mata ke arah kita seorang, mereka boleh ingat wajah sampai bila.

rosnanie said...

ZZ, kdg2 nak senyum sebarang2 risau gk, nampak dia macam senyum kat kita, rupa2nya orang kat belakang kita, aduh... malu....

azieazah said...

ROSEEEEEEEEE....!

lain kali tegur jer.. mana tau itu saya.. hehehehe...! (gurau tengahari dari orang yang masih laparrrr...)

rosnanie said...

kak azie, akak pun sama tau, kena tegur saya.... mana tau kot saya malu, akak la kena tegur dulu.. hehehe...ngelat kan?

eh, tak makan lagi? saya td mkn roti canai yg pg td nye. Pg2 ada orang ofer nasi goreng home made, tu sebabnya roti canai tu simpan tghr, hehe