Selepas dua hari berkursus, baru hari ini boleh meng'entry' di office (dalam erti kata lain, guna hak pejabat ler ni, hehehe). Kursus pertolongan cemas yang dihadiri banyak membuka mata betapa pentingnya rawatan awal. Alhamdulillah, Medical Attendant (MA) yang menjadi penceramah semalam seorang yang sangat suka bercerita. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau semasa menguruskan pesakit-pesakit samaada di lokasi kejadian ataupun di hospital, banyak kisah yang menyayat hati, banyak gambar-gambar yang dikongsi - kebanyakannya yang mengerikan.
*
Penceramah banyak menekankan aspek peri pentingnya pertolongan cemas, bagaimana pertolongan cemas dapat membantu mangsa, dan seolah-olah dapat memanjangkan nyawa. Kadang-kadang terfikir, kenapa rakyat Malaysia ramai yang masih tidak tahu tentang pertolongan cemas. Cuba perhatikan, jika berlakunya kemalangan, berapa ramaikah yang berani turun padang sama-sama menolong mangsa? Yang ramai cuma yang tolong tengok, ambil gambar dan sama-sama buat kecoh. Kata MA ini, kadang-kadang kesal dengan sikap rakyat Malaysia, bukan setakat tidak membantu, malahan mereka menjadi lebih 'sudu dari kuah'. Maksudnya jika ada pasukan paramedik yang sampai ke tempat kejadian (dengan ambulan), anggapan mereka mangsa perlu lekas-lekas dihantar ke hospital. Sedangkan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan di lokasi untuk menyelamatkan mangsa seperti membalut luka, melakukan CPR, membetulkan kedudukan anggota badan, menenangkan mangsa, memberikan bantuan pernafasan dan sebagainya. Aspek-aspek ini penting supaya bila mangsa tiba di hospital, rawatan susulan boleh terus dilakukan.
*
Jika kita menonton cerita-cerita Barat kita akan dapati banyak perbezaan antara masyarakat di Malaysia dengan masyarakat di Barat. Biasanya pasukan paramedik di sana lebih mudah untuk menjalankan tugas berbanding di Malaysia. Kalau anda pernah menonton siri 911, anda akan faham maksud saya.
*
*
Kisah 1 - kepentingan pertolongan cemas
*
A) Sebuah keluarga sedang berkelah, tiba-tiba anak yang sedang mandi tergelincir lalu lemas. Ibu bapa mangsa yang mengetahui serba sedikit tentang pertolongan cemas, membuat rawatan awal kepada anak mereka dengan membuat proses CPR. Kemudian terus membawa anak ke hospital yang terdekat
*
B) Seorang anak tunggal kepada sepasang ibu bapa tercekik (tak pasti apa objek). Parents telah membawa anak ke klinik kerana tidak tahu pertolongan cemas tetapi doktor di klinik terbabit pun tidak dapat berbuat apa-apa, hanya menulis sepucuk surat kepada hospital terdekat, dan cop URGENT. Parents membawa mangsa sendiri ke hospital dalam keadaan trafik yang agak tidak lancar.
*
Kedua-dua kejadian sampai di hospital pada masa yang sama dan dikendalikan oleh petugas-petugas hospital pada masa yang sama. Hasilnya:
*
A) Mangsa selamat dan masih hidup sehingga sekarang
B) Mangsa tidak dapat diselamatkan - meninggal dunia (waktu sampai di hospital, muka dah biru, nadi dah lemah)
*
*
Kisah 2 - ikhtibar dan teladan
*
Sepasang kekasih yang baru pulang dari berkelah mengalami kemalangan, kedua-duanya dihantar ke hospital. Lelaki dalam keadaan kritikal dan yang perempuan tidak mengalami kecederaan serius. Lelaki selamat tetapi mengalami kecacatan kekal, tetapi yang perempuan, walaupun tidak mengalami kecederaan serius tetapi mengalami pendarahan serius pada bahagian sulitnya. Petugas hospital cuba untuk menghentikan pendarahan tetapi tidak berjaya dan akhirnya mangsa meninggal kerana kehilangan darah yang banyak. Apabila diperiksa seluruh badan didapati banyak kesan 'gigitan cinta' pada leher mangsa. Apa yang mereka buat disana? Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..
*
14 comments:
Kita selalu memandang mudah kepada sesuatu perkara kerana kita sering beranggapan 'musibah itu takkan terjadi kepada kita' :(
ye kak cik, beringat sebelum kena, tapi kalau dah terkena, takut nanti merana. Mcm kisah 1, situasi B, dah le anak tunggal, parents tak tahu nak buat apa, doktor tu hanya pd nama (tak kan budak choking pun tak tahu nak handle?)
pastu bawa g spital dalam keadaan trafik agak sesak...nak sampai spital, anak dah biru.. boleh byg camana perasaan parents dia
Raanya elok juga diadikan kelas / subject tambahan utk sekolah kebangsaaan dan menengah utk kebaikan bersama ..future ..
terima kasih nasihat Kakcik..dengar sampai mati..
ROS,
mana ada penceramah yang malu, tak minat bercerita dah dibayar banyk untuk bercakap..(sebijik kena) dah tugas DJ kena bercakap, tugas PRO bersuara.
qah qah qah...
sya pn pernah gak terpikir nk masuk kelas utk pertolongan cemas, hehehe kt mana ada kursus yer? dan sebagai anak lelaki kursus pengurusan jenazah jgk penting. dah merata cari, susah ooooo
Betul.. kadang2 kita tak sangka panduan sebegini sangat berguna pada keadaan yang tidak diduga, kan?
Terimakasih berkongsi info..
salam
LB, rasanya kt sekolah diajar tentang pertlgan cemas ni dalam ko-kurikulum spt persatuan bulan sabit, pengakap, pandu putei, puteri islam dll, cuma penekanan kepentingannya, tak tahulah setakat mana. Kalau di barat, kanak2 tadika pun dah didedahkan ttg aspek keselamatan, sebab tu dioang tahu guna 911 untuk kecemasan sahaja, bukan untuk buat panggilan palsu...hehehe...
ZZ, penceramah malu, dj tak bercakap, baik potong je lidah tu, hehehe.. kejam tak?
eelobor, tak pasti pulak kat mana nak join training ni, tp mungkin boleh suggest kat HR department tpt awak keje, so, selain free, kita pn dapat ilmu (hehehe.. company tanggung)
Kak azie, mmg sgt berguna,terutama jika melibatkan ahli keluarga. Kan baik daripada terkejar2 minta tlg org lain, kita sendiri buat, insya Allah lebih mudah
kak azie, dh dpt invitation, tks, nanti sy jenguk
kalau ada kes CPR saya nak jadi model..sukarela ikhlas tau
ish... gatal nyer ZZ, tah2 yang bagi cpr tu mamat body builder
ROS
saya insan normal..
qih qihhhhhhh
dh perasan gaya zeq sengih
qih qihhhhh @ qah qah qah
unik kan zeq?
korang berdua ni kalau cite2 sensasi tu laju jer ye..hehehe
BTW saya tahu korang normal....
Saya tergelak paling besar pernah saya gelak.. bila...
korang kata ZEQZEQ normal...
hahahahahahahaha...
hikhikhikhikhik!
qahqihqahqihqihqih...
salam kak Azie... tak baik tau... bagi ler can... hehehe...
Post a Comment