Kedai Buku Online

Sunday, November 8, 2009

KLCC

Semalam bawa anak jalan-jalan ke KLCC. Kami park kereta kat Asia Jaya, pastu naik tren ke sana. Selain dari boleh elakkan kesesakan, kami saja nak bagi anak-anak merasa keseronokan naik tren. Dah hampir setahun tak bawa diaorang jalan-jalan naik tren, dah bising dah mulut diaorang minta.
Dari asia jaya, tempat duduk takde masalah jadi kami semua ada tempat duduk. Sampai di sana kami menuju ke Petrosains.. budak-budak ni bukan tak pernah masuk, cuma dah lama tak masuk, jadi kalau ke KLCC mesti nak gi ke Petrosains. Agak malang nasib kami, jualan tiket pada hari semalam sudah kehabisan stok. Aduh... amirul dah mula muncung, siap nak menangis lagi... hai la amirul, bukan ayah tak nak masuk, tiket dah habis la....
Apabila tak boleh ke Petrosains kami turun ketingkat bawahnya, ke TGV, usha-usha kot-kot ada cerita yang menarik.. Pada saya cerita pada hari semalam kurang menarik, ada yang menarik kod 18 atau 13 pulak. "ibu, ni ada yang U ni" nabila cakap. "memang la U kakak, tapi ceritanya takut rugi duit jer beli" saya menjawab. Dah le beraturnya mak ai, panjang betul pastu waktu tayangan 4.30pm, asar baru masuk, waktu habis nanti dalam kul 6.30 (estimate 2 jam punya cite) kan dah dekat ngan asar. Alamatnya mahu 2 waktu terlepas, baik tak usah. So kali ni nabila pulak muncung. Penyudahnya kami balik cam tu aje. Budak-budak tunjuk muka tak puas hati. Saya pulak dah penat sebab si kecil nadhira asyik nak berdukung, pastu tak nak ngan ayah. Aduh.. rasa nak tercabut bahu.. Lebih meletihkan bila dia dah tidur... amboi.. lena betul kat atas dukung...
On the way balik dari KLCC, mak ai.. ramainya orang.. saya yang sedang dukung nadhira ni mula cuak, terbayang kalau kena dukung nadhira sambil berdiri dalam tren... alahai... Tren sampai, kami mula mencari tempat kosong, memang takde tempat kosong. Tapi alhamdulillah, seorang lelaki yang berusia 20an bangun dan memberikan tempat duduknya kepada saya. Kesian agaknya. Terima kasih adik, walaupun pakaian cam rockers, tapi hatinya baik. "So don't judge a book by it's cover".
Selepas satu stesen, ada sebuah keluarga dengan anak kecil naik (rasanya sebaya nadhira). Masa tu pun masih penuh lagi tempat duduk. Wanita tersebut berdiri disebelah lelaki yang masih muda (tua sikit dari adik tadi) dan cukup sifat serta masih kuat. Tetapi saya perhatikan dia buat tak tahu sahaja. Wanita tadi terpaksa dukung anak sambil suaminya memegang bahunya untuk elakkan dari terjatuh. Dalam hati saya cuma mampu lahirkan rasa kasihan tetapi tak mampu tolong kerana sendiri pun pernah ditolong...
Selepas selang 3 atau 4 stesen kemudian tiba-tiba lelaki tadi bersuara, "embak, mahu duduk ngak?" hehehe... sekali mamat indon la....
*

16 comments:

eelobor said...

hehehe....mat indon tu slow motion sket, kureng pikap. at least, dia ada timbangrasa jgk kan? peristiwa sma juga pernah berlaku pada isteri sya semasa mengandungkan anak kami yg pertama. dh la perut dah membesar dan tngu masa je, keadaan lak sesak. masih ada lg orang kita yg gagah perkasa dan cukup sifat fizikalnya namun lemah dr segi pemikirannya. apapn, mngkn ada hikmahnya

rosnanie said...

dan atleast dia lagi timbang rasa dari orang lain. Kdg2 lagi sedih kalau yang kurang prihatin tu sesama perempuan. Mungkin dia tak pernah merasa susah tetapi jika kita meletakkan diri kita di tempat orang tu, walau bagaimana senang sekalipun kita, kita akan tetap prihatin

(be emphathy not symphathy)

Cetusan said...

jap jap nak menjiwai seorang wanita, hhee hari minggu menang penuh sesak.

kalau Ahad lagi sesak. Kenderaan awam.

sikap dan sifat semulajadi kesian kan orang lain peri kemanusiaan nipis.

eelobor said...

bagus la zeq ni, smua watak dia bole menjiwai. hehehe....

rosnanie said...

ZZ kan cikgu sastera, meati pandai menjiwai watak...hehehe..jgn marah Zeq

azieazah said...

ROSE... email Kak Azie di > azieazah_07@yahoo.com

Akak nak invite. Ni dah lewat sangat...esok jer Kak Azie sambung komen yerrr..

azieazah said...

Bukan semua sebegitu, tapi rata-rata memang itu lah yang kita lalui... malang sungguh kan?

Kak Azie sendiri pernah lalui beberapa kali keadaan sebgitu, memang ler sakit hati tapi kita hanya mampu bersabar...

Agaknya dia tak terfikir, kalu isteri ker, anak dara dia ker... adik perempuan dia ker yang diperlakukan macam tu...

ROSE... Untuk naik ke Sky Bridge dan Petrosains, biasanya kena booking tiket lebih awal. (Isnin off bagi kedua2 tempat ini). Kawan Kak Azie yang bekerja di situ kata, kalu nak naik Sky Bridge, booking tiket 1 day earlier, atau datang awal kul 7 pagi, kul 5 kadang2 baru bleh naik... itu pun nasib.. (sebab tempat tu terhad, bukan bleh masuk ramai2)

echah_syed said...

pegi KLCC.. tak naik pun sky bridge tu sbb malas nak Q so jejln jer kat bawah.tp nasib baik time tu ada pertunjukkan payung terjun so tak ler rugi sgt :)

Kakcik Seroja said...

Lagi mau tanya ka itu mamat? Tapi, akhirnya dia prihatin la jugak. Kakcik lagi sakit hati kalau ada pasangan muda yang dok berkepit2 mcm depa berdua je kat dlm tren tu.. lgsg x pedulikan orang lain. Dah le duduk macam kembar siam... :(

rosnanie said...

kak azie, thanks invite. Hari ni ada kursus, 2 hari. ni pun ada 10 minit sblm mula, smpat jgk baca.
kena booking ye sblm g? Tks, lepas ni dah tahu la. Kesian kat anak2. Last pegi thn 2007, masa ni g je beli tiket, terus masuk



Kak echah, sy tak pernah naik sky bridge, anak2 pun tak pernah tanya, rasanya diorang pun tak tahu boleh naik, kalu tak mesti dah ajak. Kak azie ckp kena booking, next time planning betul2



Kak cik, tu la, selalu jgk jumpa, hari tu je takde plak, alhamdulillah, kalu tak, tak tahu nak explain apa kat anak2

rosnanie said...

kak azie, thanks invite. Hari ni ada kursus, 2 hari. ni pun ada 10 minit sblm mula, smpat jgk baca.
kena booking ye sblm g? Tks, lepas ni dah tahu la. Kesian kat anak2. Last pegi thn 2007, masa ni g je beli tiket, terus masuk



Kak echah, sy tak pernah naik sky bridge, anak2 pun tak pernah tanya, rasanya diorang pun tak tahu boleh naik, kalu tak mesti dah ajak. Kak azie ckp kena booking, next time planning betul2



Kak cik, tu la, selalu jgk jumpa, hari tu je takde plak, alhamdulillah, kalu tak, tak tahu nak explain apa kat anak2

Unknown said...

Jauh perjalanan banyak pengalaman..
Jejaka tadi tu buta celik kot..pasai tu lh dia buat do no je..

azieazah said...

ROSE..

kalu nak naik Sky Bridge, elok book tiket awal beberapa hari.. Sebab tiket murah sangat (RM2 jer) dan jumlah pelawat yg dibenarkan naik guna lif (25 orang jer leh masuk dlm lif pada suatu waktu). Kena berebut dgn pelancung..
Dan jangan lupa bawa kamera...

Level 42 tu utk public, Level 43 utk VIP (rasanya... kalu tak silap)

Kak Azie pernah naik sekali.. memang besttttt...!

*ROSE, mana email address nyerrrrrr....

rosnanie said...

LB, bak kata eelobor, pick up slow kot, apa2 pun harap2 rakyat malaysia ramai yang lebih prihatin

p/s teringat iklan 'budi bahasa ni', muka adlin aman ramli cam ape jer masa buat2 tak tahu ada perempuan tua naik tren tu

kaka azie, saya dah email kat kak azie, thanks

ummu said...

uh bestnyer.

rosnanie said...

masyitah, apa yang bestnyer? hehehe.. klcc memang menarik, cuma bagi sape2 yang tak minat crowded, elakkan lah.. hmmm....