Kedai Buku Online

Friday, November 20, 2009

SMS

Salam, pagi tadi ada dengar radio? Saya selalu buka radio Sinar, yang dikendalikan oleh KE, SY dan Khril. Topik pagi ni adalah berkenaan emosi pada hari ini. Macam-macam cerita yang pendengar kirim melalui sms dan juga melalui panggilan telefon, tetapi yang menarik perhatian saya adalah satu SMS yang dikirim oleh seorang pendengar (nama dirahsiakan, hehehe...benonye lupe).
Kandungan SMS berbunyi, "Dah beberapa hari makan hati berulam jantung dengan isteri. Ini semua gara-gara SMS yang ingin dibalas kepada ex-girlfriend, terhantar ke isteri. Sudahnya dah berapa hari kena tidur kat luar"
Best kan SMS nya, masa tu gamat di radio sebab mereka bertiga gelakkan penghantar SMS tu. KE siap padankan muka dia. Saya pun macam tu, padan muka, siapa yang suruh berbalas mesej dengan ex-girlfriend? Kan dah terkantoi. Tu la, bak kata KE, mulut boleh tutup, tangan tu bukan tau nak selindung...kan dah kena...
*

12 comments:

Cetusan said...

nak ngaku penghantar SMS tersebut.

eelobor said...

hahaha....nasib baik lum terkantoi lg la zeq....

azieazah said...

Kalau sms itu tidak berbaur mencurigakan, apa nak takut? kelentong ler sms tu bertujuan nak buat followup tentang urusan rasmi...

story la konon terjumpa ex tu masa kat seminar, kursus bla bla bla whatever..

asal keadaan dapat diselamatkan...:D:D

Di pihak isteri, saya sokong. Nak lagi berkesan, sila pegang hp suami tu dan bila dia nak buat call, sila dok sebelah, atau time sms, isteri jadi tukang approve... Amacam? best tak idea ni? hehehe..!

try it..!

azieazah said...

Saya lak, selalu tersilap macam lain..

nak hantar kat suami, terhantar kat kawan termasuk ex.. hahahahaha...!

sudahnya kena perli..

Cetusan said...

bila dah panas macam tu , entah apa yang nak kena pujuk yer, yakin yakin lalu tertipu.(pengalaman juga ni)

Unknown said...

Makan hati tu kira okay lah tu..
Jiran sebelah tu makan sop tulang saja..hhmmm

rosnanie said...

Salam, ZZ, kot yer pun, cover2 la sikit, hehehe... kan dah kantoi...

rosnanie said...

eelobor, kan td dia dah ngaku, kantoi, kui kui kui...

rosnanie said...

Kak Azie, agaknya dah tak terkelentong, tu yang makan hati tu...kehehe...

saranan kak azie tu boleh dijadikan tips dan bekal bagi sape2 yang berkemungkinan terjadi sebegini.

kak azie selalu kelentong apa kat diaorang bila tersilap send tur? Mesti ayat nak cover malu kan? hehehe

rosnanie said...

LB, macam pernah kudengar ayat itu, tp dimana ya? Hehehe,

azieazah said...

Kak Azie tak kelentong pun, memang itu untuk suami.. kena perli sbb konon awak sorang jer ada laki.. hahaha....

yang sebenornya depa jeles kot...hahahahah...

rosnanie said...

kak azie
hahaha...betul, betul, betul....jeles tu