Kedai Buku Online

Monday, November 16, 2009

HAI-O



Tengahari semalam, jalan-jalan sekitar shah alam, pusing punya pusing, termasuk ke area stadium Melawati. Hairan apasal hari ni jam pulak. Sekali tengok ada lumba go-kart, so cakap dengan husband, agaknya diorang berenti sebab tengok go-kart kot. Tapi yang peliknya kereta yang menunggu tepi tak ler banyak sangat. Takkan sebab go-kart boleh jam kot. Sekali mata terpandang banner-banner yang tergantung di tiang-tiang lampu. "Majlis Ulang Tahun Hai-O"

Oooo....itu pasal la jam.... bila lajak lagi ke depan, husband sengaja masuk ke lorong untuk usahawan Hai-O ni, terus saya cuit dia, "sejak bila kita termasuk dalam usahawan Hai-O ni". Husband cuma gelak, "tak la, nak tengok go-kart dari dalam ni" katanya....

Kami pun singgah sekejap di tepi pagar, suami dan anak-anak (yang kecik tu pun ikut sama) turun tengok orang lumba keta kecik tu. Biasalah Amirul mesti yang excited lebih, dia yang paling beria-ia tengok. Saya pulak mata asyik tengok usahawan-usahawan Hai-O, duk kira kereta jenis apa yang diaorang guna... hehehe.... jahat kan. Macam-macam jenis kereta yang datang, ada mercedes, BMW, toyota caldina, wish, dan jenama2 lain yang besar-besar, ke sekecil-kecil kereta seperti kancil dan kelisa. Macam-macam dalam kepala saya bila tengok kereta-kereta tu, tapi tak nak lah tulis, nanti korang kata saya jahat pulak... hehehe... time tu memang jahat sikit.

Lama-lama saya jadi teringat kisah tahun lepas, seorang kakak di office ni datang pada kami untuk join dia sama-sama usahakan Hai-O ni. Lepas sorang-sorang yang dia promote. Yang paling best jawapan yang dia dapat dari kami adalah, " ala, saya ni kan kak, membeli memang pandai, bab2 menjual ni sorry le kak, tak pandai saya. Nak cari orang lagi tak pandai."

Hehehe...best kan jawapan? Tu la manusia ni kan, bila taknak 1000 alasan dia boleh bagi. Tapi alasan paling tinggi peratusan mesti lah , susah nak cari orang. Saya pun bagi alasan, tapi tak nak guna alasan yang orang bagi, so saya bagi alasan " Sorry kak, bukan tak minat meniaga, tapi saya baca dalam website Utz Zaharuddin, dia kata Hai-O ni tak ikut syariah, tak berani la saya"...laaa....utz Zaharuddin pulak yang kena...kejam kan jawapan? Apa-apa lah, janji lepas... hehehe...

*

16 comments:

azieazah said...

ROSE...

Masa Kak Azie pergi sebagai wakil ambik tiket tajaan oleh HAI-O ini utk Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza Sabtu lalu (amik tiket pada Rabu).. saya berjumpa beberapa orang hebat dlm HAI-O..

CDM ler kata orang (stand for Crown Diamond Manager ekkk?)

memang hebat ler depa ni nak try promote, siap nak ajak jumpa lain kali nak sembang... but nasib baik ler masa tu dok kalut nak balik semula ke ofis..

Tapi sempat ler berbual dalam 10 min.. I said “saya lah orangnya yang sangat cuba mengelak perkara MLM, wpun pernah ditaja RM3K utuk jadi ahli, cari downline bla bla bla..” whatever...!

Tapi, hati ni memang tak terbuka, kalu buka pun ada ler 1 inci jer.. memang tak jalan laaa.. so Sori Berlori, I'm not good in this line.. wpun kalu sembang tu potpetpotpet...!

Well, bukan senang kan nak cari rezeki dalam bidang MLM ni? sehinggakan nak yakinkan orang membeli dan menjadi ahli tu termasuk juga fakta dan sembang TIPU, Bohong Sunat dan seumpamanya... uishhh.. ada ker takda??

Apapun tabik ler pada kegigihan para MLM ini, yang mampu berjaya sehingga leh pakai keta dasat dan mampu taja SITI dengan harga RM1 juta just utk beberapa lagu jerrrrr... heheheh...

rosnanie said...

kak azie
Saya pun memang tabik dengan orang hai-o ni, dengan kos 20k lebih, senang cite, memang patut dapat pulangan tinggi, tapi saya tak berani ambik risiko, 20k? tak sanggup saya nak buat loan. Kalau berjaya, Alhamdulillah, tp ramai jugak yang dgr cite, duk byr bulan2 kat bank, tp hasil tarak sebab tak cari orang..kesian kan?

eelobor said...

adik ipar juga ada pengalaman dlm MLM ni. buat loan bank rakyat RM80K, lps tu melabur kesemuanya. kemudian.....korang smua tahu kan kesudahannya.....byr balik la bulanan kt bank rakyat. hasilnya?? sbb x mahu dgr nasihat ahli keluarga....kejar x dpt kendong berciciran

Unknown said...

Melakukan sesuatu usaha ..tak kira apa pun dgn bersungguh-sungguh adalah bagus..lebih baik dari dok menyamun harta rakyat secara terhormat..

rosnanie said...

salam
eelobor, 80k? Gulp...tak sanggup saya... kalau beli rumah, dah dapat sebiji dah tu, ni free2 je bayar kat bank...opps...bukan kat bank, kt company tu la! hish... tak sanggup saya

LB.. setuju!

Cetusan said...

demi memakan benda mabuk elok sebarkan, banyak MLM yang lain lagi kita ada pilihan..

rosnanie said...

ZZ
Insya Allah, ada yang ikut syariah, tinggal lg kita nak cari ke tak

eelobor said...

kak ros, yg adik ipar labur RM80k bkn dlm Hai-O, tp MLM lain. bukan nk reka cerita, tp utk berkongsi jer. ada MLM yg betul. tp dr egi hukum x tau nk ckp la. ada gak baca dlm blog us zaharudin, tp pembaca buat penilaian sndri la. bg sya, selagi bole elak, mmg sya elak ceburi dri dlm bidang MLM

Guru said...

assalammualaikum ros

salam ziarah.
kebetulan, hari ni saya pun ada bercerita sedikit tentang hai-o dlm entri saya.

jom ...

echah_syed said...

kalau cerita pasal MLM teringat iklan kat tv.semua yg berjaya ade banglo,kereta mewah,isteri semakin cantek sbb selalu gi SPA dsbnyer.. :p

ermmm..tapi bukan mudah ekk nak senang.combi mmg tabik springgggg ler kat dorang yg dah menjejak title jutawan :)

combi ni takde aura dlm MLM ni..sampai skrg tak pernah mencuba pun.

Cetusan said...

Ros,

sesekali menelan benda subhat ni bukan terus kejang pun, tak seperti makan racun terus kojol,tambah sihat di mata umum.

jadi elok makan terus menerus berbanding telan racun.

Cetusan said...

echah,

kerja memang kuat dan bertungkus lumus, Perompak bank pun pakai modal dan kerja kuat, macam mana nak beli kereta, nak beli pistol nak sewa kereta, nak berjaga malam, perah otak cari strategi,nak stanby dua tiga kali, itu kerja juga, nak cari idea litar bank camera dll, itu merompak wang penyimpan yang ada insurance, berbanding merompak wang pelabur.

oleh itu rompak bank lebih dulu sebelum rompak wang pelabur, senag sikit berkecai.

azieazah said...

ZEQZEQ tu memang tajam fikirannya.. leh tinjau sejauh itu.. hehehe orang sebegini lah yang sesuai buat MLM... hehehehe... amacam ada berani BRO?

bila dah berjaya tangkap Mercs, jangan lupa ajak saya dok sebelah yer.. Ahaks!

rosnanie said...

salam
eelobor, tak kira apa MLM sekalipun tetap kena tgk skim nye camana, adakah ikut syariah atau tidak. Sy sendiri byk kali join MLM tp takat jd ahli jer sebab bila join hati was2, pastu terus senyap. Upline je bising2, sy wat pekak jer

assalamualaikum kak a kl citizen, selamat datang, insya Allah sy jenguk

Kak echah, tak de aura MLM takper, senyuman manis, aura mata sejuk jer...

ZZ, betul, kena yang syubhat ni pendek kata tak aman dunia akhirat. Jauhkanlah...

kak azie, mana boleh akak jer, sy pun nak, tp tak nak duk sebelah, nak jd mem... hehehe...marah ZZ nanti

ummu said...

Salam kak Ros;
hi hi sebut psal MLM,terkena jua batang hidung.Sayalah salah seorang ahli MLM yang tidur.jangan marah. semua MLM dah saya join tapi tulah bab nak cari orang,sungguh tak reti.
semalam,kawan kolej saya ajak join Hai-O. Tapi sebab dah 3 tahun lalu pun saya dah diajak oleh jiran yang sekarang dah selalu masuk TV iklan Hai-O tu,jadi saya tak join bawah dia..
sekarang ni,saya jadi stokis satu MLM tapi tak bergerak aktif pun. Beli dan pakai sendiri,sebab nak cari yang Muslim produk. Siapa yang tahu je beli dengan saya.

rosnanie said...

masyitah, tak per, join tp tido lebih baik dari kita dapat dosa syubhat... MLM boleh tp kena ikut syariah, tu yg kebykan MLM takde