Kedai Buku Online

Monday, November 30, 2009

SAKIT HATI 2

Salam
Hari ni sekali lagi saya nak melahirkan rasa sakit hati dengan sikap pemandu di Malaysia.
Pagi tadi dalam perjalanan pulang ke pejabat, kami (saya dan kawan-kawan) terpandang sebuah kereta sedang terbakar di tepi jalan, baru lagi. Kelihatan beberapa orang staf MBSA sedang mengawal lalulintas sementara menunggu kehadiran bomba dan polis. Kami meneruskan perjalanan kerana bimbang berlaku kesesakan jalan raya pulak di situ.
Sampai di lampu isyarat, lampu merah, menunjukkan kami terpaksa menunggu giliran, dan ketika itulah kereta bomba dari arah depan sampai. So kami terus mengagak mesti kereta bomba itu sedang menuju kearah kebakaran kereta tersebut.
Yang menyakitkan hati kami adalah sikap pemandu-pemandu (dari arah kiri dan kanan) yang langsung tidak memberhentikan kereta masing-masing untuk memberi laluan kepada kereta bomba. Tau la ketika itu giliran mereka, tapi cuba la bertimbang rasa sikit, apalah salahnya perlahan dan berhentikan kereta masing-masing, bukan lama pun. Pemandu kereta bomba tu siap bunyikan hon lagi dan cuba-cuba untuk melintas.
Mesti driver tu fikir, kalau dia lalu juga, mesti ada yang accident, so kita yang tiada kepentingan ni cubalah bertimbangrasa. Kalau bomba atau ambulan yang bunyikan siren tu, mesti sebab kecemasan, TOLONG BERI LALUAN
p/s tadi tak sempat ambik gambar kereta yang terbakar tu, kalau tak boleh upload kat sini
*

17 comments:

LanaBulu said...

Maybe depa tu tak tau undang2 jalannraya kot...
tak tau undang2 ttg melayan kenderaan bomba dan ambulan serta polis tu gamaknya..
Maybe depa tu pun nak cepat sbb ada urusan kecemasan jugak kot..
Itulah segelintir dari sikap pemandu rakyat Malaysia..bukan semua..cam tu..

rosnanie said...

LB, betul bukan semua, tapi segelintir shj, cuma yang segelintir itulah yang menyusahkan masyarakat. Tak terfikir ke kalau kebakaran atau kecemasan tu terjadi kepada famili mereka, apa yang mereka rasa

Lg 1, agaknya dulu dapat lesen terbang kot, tu yang tak tahu undang2 tu, hehehe....

eelobor said...

cmne diorg bole lulus lesen ek?

rosnanie said...

eelobor
tu la ckp, lesen terbang kot...
hehehe...

kakcikseroja said...

Salam Ros..

kerana segelintir 'yang tak ada kepala otak' (itu ayat yang selalu suami gunakan terhadap pemandu kereta yang bodoh sombong tak reti nak ke tepi) itulah yang dapat diselamatkan jadi tak selamat.. Usah bercakap soal takdir kalau kita tiada usaha!

rosnanie said...

kak cik
betul, betul, betul....

echah_syed said...

kakak ipar combi staff nurse.dia selalu iring pesakit dlm ambulan.perkara mcm gini kerap berlaku sehingga dia cakap pemandu kita mmg selfish! :(

kdg2 dia kata rasa mcm nak turun jerit kat dorang jek.

tapikan..pemandu disabah ni masih berhemah sbb combi tgk dorang sentiasa peka dgn ambulan dan bomba :)

rosnanie said...

kak echah, bayangkan kalau patient tgh nazak, tp hospital jauh lg, pastu kereta2 tu pulak tak bagi laluan, ni yg kes patient meninggal otw ni

tak terfikir ke, disebabkan sikap segelintir ada nyawa yang tak dapat diselamatkan....

eelobor said...

mmg sikap pemandu di malaysia kut(termasuk la eelobor kut...kadang² jer), sikap penting diri, tidak menghormati pemandu lain, besar kepala, mcm dia saje yg byr road tax. Jauhkanlah jika ada sifat² gitu dlm diri eelobor ni.

rosnanie said...

eelobor, insya Allah, masih bertimbang rasa

shazriena said...

dah x de sifat kesihan mcm tu la.

salam kenal juga :d

sudi je sis nani kalau nak jadi kawan..

p/s: selamat berkenalan

a kl citizen said...

assalammualaikum

kesian pulak tuan punya kereta terbakar tu ya.. harap2 takda yang mati

rosnanie said...

salam shaz, selamat datang
shaz, tu yang sakit hati tu..


Cikgu, rasanya takde yang meninggal, mungkin tuan punya dah keluar dulu sblm api marak

azieazah said...

Semua bermula dengan sikap. Bila sikap macam ni, kadang2 tu, mengaji tinggi pun perangai serupa macam tak skulah..

rosnanie said...

kak azie, U're right. Sikap yang perlu diubah

Raziff Lokman said...

..ni kan zaman manusia mementingkan diri sendiri..hanya bila kena batang hidung sendiri baru ingatkan orang lain..

rosnanie said...

salam en razif, selamat datang

betul tu, manusia macam tu la... dan terantuk baru terngadah