Kedai Buku Online

Thursday, December 31, 2009

DUGAAN

Salam ceria

Semalam semasa berkunjung ke salah satu department store, saya terjumpa dengan seorang kawan lama. Nak kata rapat sangat dulu, tak lah jugak tetapi rapatlah. Sembang punya sembang, tiba-tiba terkeluar cerita.... mungkin dia dalam tekanan sehingga dia sanggup bercerita, ataupun mungkin lebih kepada ingin meluahkan perasaan.

Kasihan kepada kawan saya itu, pelbagai dugaan yang dihadapinya dan rupa-rupanya telah hampir lima tahun dia mememdamkan perasaan. Bayangkan perasaan kita jika ibu bapa kita bercerai, dan yang lebih menyedihkan ibu kita tidak mengakui kita anak dengan alasan kita anak ayah. Ibu apa yang sanggup membeza-bezakan anak sebegitu? Kemudian terpaksa pula tinggal bersama ayah yang tinggal serumah bersama perempuan yang bukan isteri.

Dia betul-betul terkilan kerana ayahnya membuat perangai sebegitu, walaupun telah ditegur berkali-kali. Dan katanya lagi, yang paling dia tidak suka adalah kerana perangai perempuan itu yang suka mencari pasal dengannya. Dia tidak tahan kerana sikap ayahnya yang lebih mempercayai cakap perempuan itu berbanding dia, anak sendiri.

Malang menjadi bertimpa-timpa apabila dia ditipu oleh teman lelakinya. Banyak wang yang diberi pinjam lesap sebegitu sahaja.  Bila dihubungi tidak pernah diangkat. Dia menjadi buntu. Wang gajinya tinggal sedikit kerana perlu membayar hutang sana sini akibat menolong orang. Wang simpanan telah kosong dikeluarkan. Bukan setakat itu sahaja, dia juga turut membayar hutang pinjaman bank kerana terlibat dengan jualan langsung setelah dipujuk rayu oleh kawannya dengan alasan barang-barang tersebut telah ada pembelinya. Puluhan ribu yang dipinjam bank, barang dibeli, modal lesap. Yang tinggal adalah hutang-hutang yang perlu dilunaskan

Mungkin cerita ini nampak seperti dongengan, tetapi itulah realitinya. Air mata yang mengalir bagai tidak pernah mahu berhenti. Dia nampak seperti tiada masalah, tetapi di dalam sarat dengan pelbagai cerita sayu dan sendu...

27 comments:

Unknown said...

Rosnanie..pertama sekali si ayah tu kena hukum rejam sampai mati je..
Kedua gadis ini eloklah tinggalkan ayahnya dan jgn tinggal sekali ..
nanti kalau Allah turun bala kat rumah tu..dgn dia2 sekali pii..
Ketiga..report lah kepada pihak yg berwajib sekiranya dia sayangkan ayahnya tu..
Masalah dgn ibunya tu kenalah bermunajat berdoa banyak2 agar dibukakan hatinya menerima kembali..
Bahaya : Bapa yg lagu tu jgn percaya bahawa suatu hari mungki nanti akan mengorbankan anaknnya demi habuan yg lumayan dari pihak2 yg tak bertanggung jawab..
Sebelum nasi menjadi bubur..cepat suruh dia segera tinggalkan fenomena maksiat tu..
p/s- nak tinggal kat rumah teman pun tak boleh sbb tak muat...heee

Unknown said...

Masalah kehidupan yg melingkari sepatutnya dia lebih matang dalam kehidupan dan perlu lebih kenal mana kawan dan mana musuh dalam selimut..
Bermasalah eloklah refer pada yg lebih arif..jgn asyik dok kena tipu hidup2 hanya sekadar sikap kesian kat orang wal hl ..depa langsong tak ada belas kasian kat kita...Kawan lagu ni kat cowkit tu berlambak..kat pasar borong selayang tu lagi lah banyaknya..boleh tangkap pukal..longgok pun ada..(ye ke..?)

Kakcik Seroja said...

Subhanallah..

kdg2 kita rasa beban yang kita tanggung dah cukup berat..padahal ada orang yang bukan setakat menanggung beban, malah telah dihempap oleh beban itu sehingga sukar untuk bernafas. Semoga kawan Nanie akan segera menemui jalan keluar dari kemelut yang melanda dirinya.

Tidakkah dia berani untuk membuat pengaduan kepada pihak berwajib mengenai tingkah laku ayahnya itu?

Cetusan said...

anak itu kena baca kisah seorang anak pada zaman Nabi Allah Musa..yang jaga 'BAB*.jaga ayah ibu yang kena sumpah jadi BAB*..

kita sudah besar panjang utk kpd ibubapa berdendam..

Unknown said...

Salam Ros. Banyak berlaku perkara-perkara seumpama ini dalam masyarakat kita. Hanya kita yang tidak tahu atau mungkin tidak mahu ambil tahu. Hanya di pihak kita, ambillah iktibar daripada apa-apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Jaga anak-anak dan keluarga. Ingatlah firman Allah "Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan pembakarnya terdiri daripada manusia dan batu".
Ros, babah ada tinggal komen/pertanyaan dalam ruang komen di blog babah. Ada masa datanglah tengok.

ardz amy said...

keciannya dia, Allah menduga dia sebegitu sekali, tp Allah x kan menduga hambanya andainya hamba tu x boleh menghadapi dugaan tu, Allah nak memberi dia kesusahan sblm mendapat kesenangan. belajar dalam kesusahan akhirnya, Allah memberi ganjaran.

myQza said...

simpan dalam hati pun x boleh gak. kena luah.

eelobor said...

Na'uzubillah.....rupanya masih ada lg insan lain yang lebih bernasib malang. setuju dgn pandangan² yg di lontarkan di atas. Tinggalkan rumah itu, buat report kpd pihak berwajib, byk berdoa & sabar....Insya Allah akan temui jalan penyelesaiannya

rosnanie said...

salam semua, terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan pandangan. Alhamdulillah, antara pandangan2 tu telah pn sy ajurkan kepadanya. Dia sendiri sebenarnya dalam proses untuk berpindah ke tempat yang jauh daripada ayahnya. Katanya luka dihati dek kerana perbuatan ayahnya memang susah nak hilang. Pedih kerana tidak disayangi oleh emak, ayah yang tidak bertanggungjawab, kawan2 yang makan kawan, teman lelaki yang tidak boleh dibuat tempat bergantung, tekanan di tempat kerja dan sebagainya menyebabkan dia sangat2 tertekan. Saya sebagai kawan hanya mampu mendengar luahan hatinya, dan mungkin boleh mmeberikan pandangan, tetapi kekuatan dalaman datang dari dirinya sendiri kerana dia yang akan menghadapinya. Cuma doa kita sebagai kawan, semoga dia tabah menghadapi segala ujian, dan tidak mengambil jalan mudah untuk melupakan masalah (Insya Allah dia tidak akan lakukan perkara2 yg pelik).

Tks, LB, KakCik, ZZ, Babah, Az, Tedi dan Eelobor...

azieazah said...

Hmm.... moga segalanya berubah menjadi lebih baik di tahun yang baru...

rosnanie said...

Kak azie, kita sama2 doakan begitu.

Guru said...

assalammualaikum rosnanie

terjumpa kata2 ini di salah satu blog;

'If we all threw our problem in a pile and saw everyone else’s, we’d grab ours back.'

sangat benar sekali, bila membaca kisah ini.
semoga Allah permudahkan urusannya. di hujung setiap kesulitan, pasti ada kemudahan

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Betul kata LB.. dia patut pindah dan jgn tinggal lg dgn bapanya..takut subahat.
Hidup tak berkat jika melakukan perkara yg dimurkai Allah.
Semoga Allah akan memberi hidayah kepada bapanya dan semoga dia bertemu dgn org yg dpt membimbing ke jln yg benar, jln yg diberkati Allah.

Ayiem said...

ermmmm tak tau nak komen apa,berat mata memandang berat lagi bahu yng memikul.....

Jadikan sempadan untuk kita.....

rosnanie said...

Salam cikgu normah,
Insya Allah, semoga Allah permudahkan, dia dan kita

Slam kak niza, insya Allah dia akan pindah, tunggu saat yg sesuai

Abe him, betul, harap jadi pengajaran kepada kita

anakmuaallaf said...

Salam Ros,
Selamat tahun baru dengan azam baru..Berapa novel nak habiskan tahun 2010 ni..Azam juga ros nak khatam Quran berapa kali..untuk ingatkan diri akak juga Ros..Akak ni jika dapat novel lupa diri seketika...

Kasihan kawan Ros tu.Betul kata LB tu.Jangan duduk sekali dengan ayah dia.Takut juga sikap ayah yang tak seperti ayah.Bukannya dia tolong selesaikan masalah anak dia.. tetapi menambahkan lagi masalah buat anaknya.
Alhamdulillah Ros kita punya ayah yang ada sifat keayahan..

Cetusan said...

lgisatu jika ia benar ikhlas sayang generasinya sayang ayahnya, elok pindah bumbung tapi jangan berjauhan.melarikan dari ayah agak bersifat dendam. Sayangi mereka sementara masih ada, bila tiada..

kekasih suami BF bolehcari anak boleh dua tiga, AYAH??

boleh gali semula ker??
sesal tak sudah bila kita tak boleh berbaik dgn ayah kita, ianya genetik kita, keburukan n baik adalah genetik kita juga..

MrsNor said...

sedih dgn nasib kawan nanie tu..tp yg geramnya buat per ler dia sanggup melebur duit utk BF dan MLM..rasa boleh agak sistem apa tu...

p/s ~ nanie..sila email alamat utk akak hanatr hadiah. nanie memang giveaway.. email akak di mrsnor@gmail.com. Tq

rosnanie said...

salam kak leha,
insya Allah, slain dari khatam quran, hajat dihati nak banyakkan baca buku keagamaan dan motivasi, rasanya novel nak dikurangkan, lagipun sy skarang nak jual buku (sambilan), tak kan jual jer, mesti baca sama

rosnanie said...

salam ZZ, saya dah cuba untuk pujuk dia supaya dia berbaik2 dgn ayahnya, brbincang cari jln terbaik, tp disbbkan dia masih luka dgn ayahnya, dia taknak buat bgitu. So smentara ni sy biarkan dlu smpai dia sejuk. Time to time sy akan try lg pujuk dia. tak patut juga sy biarkan dia terus berdendam dgn ayahnya. Insya Allah, selagi terdaya sy akan cuba

rosnanie said...

salam kaknor, sdih dan geram, memang itu yg sy rasa masa tu, tp sebagai kwn sy tak mahu terlalu tunjukkan. Insya Allah sy akan cuba selalu cntact dia untuk beri semangat dan beri nasihat

rosnanie said...

kak nor, sy menang? Alhamdulillah.... nanti sy email

Cetusan said...

sebagai insan biasa tak boleh lari dari sifat dendam, lepaskan dendam, seminggu sebulan, kemudian abaikan., logikya tak kan nak berdendam setahun sampai lari jauh-jauh.
fikir sifat dendam itu dari siapa, dari ayah dia juga??anak siapa??ayah siapa?

Cetusan said...

selamat berniaga..ROS, petikan pujangga jugak ni..leh renung tenung buang ke...
"""...[JALINANKENCANA:125055] Ssnghnya kbhgian anda trletak pada ilmu pengetahuan dn pndangan hidup yg lurus. Carilh buku2 yg saya umpamakn sebgai almari yg penuh perhiasan spayaanda dpt memprelok diri dgnya. D dlmnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, chaya kbenaran, yg mlebihi kilatan emas dn perak yg dkilatkn. Dg buku jenis ini anda tdk perlu lgi segala prhiasan dunia,perhiasan yg tnpa makna, penampilan palsu, semburan murahan.""..
yang kerja kedai buku agama dan pustakaan masuk paper rasuah tu tak sempat baca kot..huhu..madahberhelah tentang BUKU..

rosnanie said...

ZZ, memang sy tgh berniaga buku, awak nak join tak? email sy rosnanie2201@yahoo.com

mohamad kholid said...

byk pengajaran - semuanya pengalaman hidup yg perlu kita ambil iktibar

rosnanie said...

salam mohd kholid, selamat datang,
betul, semoga semuanya menjadi pengajaran dan pedoman kpd kita. Bersyukur sebab ibubapa kita masih bersama2 kita dan menyayangi kita