Salam
Kami sudah kembali semula dari kampung, (pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha lalu) daripada hari sabtu lagi. Anak-anak yang masih tidak puas berada di kampung merengek-rengek untuk tinggal lebih lama. Ketiga-tiga mereka, kaklong, abang amirul dan kakcik(nisaa') mula mempamerkan muka tidak puas hati, dan yang paling trajis, amirul siap meraung tak nak balik. Selepas beberapa lama berfikir, akhirnya saya dan ayahnya membuat keputusan untuk membenarkan mereka tinggal, itu pun cuma selepas sepupu mereka yang juga tinggal di shah alam ini berkata dia akan pulang pada hari isnin.
Hai... apa lagi, mereka melompat-lompat dan terus bergegas keluar daripada kereta, dan siap mengeluarkan beg masing-masing daripada bonet. Saya cuma mampu berpesan supaya mereka berkelakuan baik sepanjang berada di rumah mak saudara mereka tu. Melihat wajah kepuasan mereka menyebabkan saya tidak menyesal untuk meninggalkan mereka di situ.
Namun sebaik sahaja kereta bergerak, si adik kecil mula mencari kakak-kakak dan abang nya. "Ane abang? Ane along? Ane icak?" Mula-mula soalan kemudian disusuli dengan tangisan. Aduh... rupanya si kecil ini dah mula merasa kehilangan. Kami berdua terasa sebak sungguh, air mata nyaris keluar sama. Dia cuba dipujuk dan dek kerana keletihan dia akhinya tertidur.
Kami sampai di rumah ketika jam melepasi 1 pagi. Nadhira terus tido sehingga keesokan paginya. Jam hampir 8 pagi dia bangun dan terus mencari abangnya. Dicarinya di bilik abang dan kemudian di bilik kakak. "akde...." dengan muka sedih dan tangan terpusing-pusing dia memberitahu. Dan sehari itu jenuh melayan soalan dia, di mana kakak dan abangnya.
Isnin, hari berkerja, dia terpaksa dihantar ke taskanya, meraung sekali lagi. Aduh adik... sedihnya hati ibu nak tinggalkan adik, tapi ibu terpaksa sebab ibu kena bekerja. Petangnya, anak saudara telefon memberitahu yang mereka sudah dalam perjalanan.
Mereka sampai dalam pukul 10 malam, masa ni ternampak perubahan yang ketara pada adik... dia sudah ceria, tak habis-habis dia bercerita dengan abangnya. Dan pagi ini bila hantar ke taska dia masih ceria kerana abang dan kakak2nya ada bersamanya... jadi saya pun meninggalkan mereka di situ dengan hati yang lapang....
*

15 comments:
raya tahun ni byk kenangan utk eelobor. bermula dgn jln jem, bajet lari dan paling terasa kehilangan kucing (mati akibat di langgar kereta) kucing tersebut telah dipelihara sejak kecil, drpd x reti mkn sndri sehinggalah berumur setahun 4 bulan. rupanya² mmg sedih walaupun itu hnya binatang peliharaan. wife sampai terbawa² ke dalam mimpi. patut la hari nak bertolak ke KB, kucing tersebut x nak masuk kereta & asyik nak lari je lps kasi mkn. Kebiasaan bila nk balik kmpg, x payah di ajak, kucing itu akan masuk sndri dlm kereta & duduk di seat depan (khas utk kucing jika balik KB)
la patutla.. kecian si kecik tu rindu kan abg n kakak dia hehehe.
nanie panggil az je:d sudi2 jenguk kat blog az erk :d tp bukan ada yg best pun kat blog tu
Masa zaman anak sulung dan anak ke2 Kak Azie dulu, rajin juga la dok tinggalkan di rumah kampung.. budak2 memmang seronok.. tapi lama2 tak lagi, sbb BONDA dah tak larat..
Baru2 ni, Kak Azie pun bercuti 3 hari ke utara. Bawa anak sulung dan yang kecik sekali. Bila balik KL, anak yg kakak pada si kecik tu dah dedar nak demam. Rindu kat adik la, sbb depa ni rapat, main sama-sama, pi skulah sama-sama..ada instinct kot..
Hhee..hmmm
Lain kali ambil cuti lama2 sikit..
biar beraya sakan kat kg tu..bukannya selalu pun..kan
Lagi seperkara..elok juga adik tu ada kawan kat umah..tak lah banyak soalan timbul bila kesunyian..
Meramaikan umat ni rasul suka tu..ingat kak Rosnanie noo..
eelobor, tu kucing yang mati, kalau manusia yang mati, rapat lagi ngan kita, kehilangan mesti sangat terasa kan. Alangkan berpisah 2 3 hari tu pun dah rindu...
Az, rapat dan dia yang paling kecil + paling dimanjakan sekarang, bila semua takde mula la dia terasa kehilangan
Kak azie, nama pun adik beradik, walaupun masa dekat asyik bergaduh, bila jauh mula teringat tu yang boleh demam tu. Nasib baik kecil tu tak demam lagi. Agaknya kalau lama2 mungkin kot
LB, tak plan pn nak tinggal kat kg diaorang tu sebab nanti hujung bulan ada kenduri sepupu diaorang kawin, nanti nak balik lama.
Tp budak2 ni memang time nak balik sini balik memang liat, suka duk kg, tak kira kelantan ke perak.
En LB, rasanya awak dulu kena tambah, saya dah ada 4, bagi ler can rehat, insya Allah setahun dua lagi, ada ler adik..hehehhe
Az, dh beberapa hari dah cuba tinggal komen kt rumah az, tp asyik tak boleh jer. Td try lg tak berjaya jgk. Tak tahu apa masalah nye
adik beradik tempat berbalah dan bergurau hee
pertengkaran kan beri rentetan kemesraan zaman tua nanti
ZZ, harap2 ukhuwwah mereka kekal ke akhir hayat. Kalau adik beradik begaduh, kita mak ayah ni yang akan sengsara. Bila kita tua esok, tentu kita harapkan anak2 yang sentiasa berdamai....
anak2 mcm gitu ler..bila ade bawa gadoh.tp bila dah takde pandai mencarik :)
kak echah, hehe... kadang 2 kerana selalu bergaduh ler mereka rindu bila sesekali berjauhan
salam cikgusi.. terima kasih atas kesudian menjenguk blog abeli.. segmen "ular masuk rumah"..tu... budak-budak.. cikgusi.. anak abeli dua orang terus dok kg dgn nenek dia.. siap tukar sekolah lagi... tak kata kat dia... kena kat kita kalau tak kerja rasa nya mau terus dok kat kg..... tapi yang trajisnya... adik yang bongsu...tu.. terasa sangat dia kehilangan abg n kaka dia tu... bertapa eratnya hubungan kasih sayang antara mereka... kalau lah kita mcm dia orang ye.....
salam abe li, tks bertandang
abe li kena kerap balik kg la kot, nanti lama2 takut diaorang lupa pulak. Lgpn kalu dah besar, dah tak mesra mesti dah tak rindu
Kecik2 memang la rindu-rinduan macam tu...kira teman sepergaduhanlah tu kan. Tak sah kalau tak gaduh bila jumpa. Tapi...bila x de depan mata, rasa sunyilah. Rindu...
Dah tua2 nanti...harap2nya tetap saling rindu-rinduan juga ;)
anyss
harap2 kekal sampai tue, kita mak ayah ni pun tumpang senang hati
Post a Comment