Kedai Buku Online

Tuesday, November 24, 2009

BANJIR

Musim hujan yang semakin menjadi sekarang memburukkan keadaan di beberapa buah negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Jalan-jalan utama ke negeri-negeri tersebut dikhabarkan ada yang ditutup kepada kenderaan ringan akibat banjir. Hampir setiap tahun inilah musibah yang perlu rakyat Malaysia hadapi setiap kali hujung tahun. Negeri-negeri lain, walaupun tidak banjir, tetapi hujan yang lebat kadang-kadang memberikan suasana yang tidak selesa. Alhamdulillah sekolah dah cuti, kalau tidak, kat depan sekolah tu hari-hari air naik paling kurang atas buku lali.



Banjir di Kelantan, menyebabkan beratus-ratus mangsa dipindahkan dan ada juga mangsa yang lemas. Berita semalam melaporkan seorang penduduk yang sarat dan sakit bersalin terpaksa meredah banjir menaiki sampan selama setengah jam sebelum sampai ke hospital. Kalau masa biasa, tidak banjir, masa yang diambil mungkin tidak sampai setengah jam. Tahniah kepada pasangan ibu bapa terbabit, demi sebuah nyawa, sanggup mengharungi banjir. Semoga anak lelaki yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan kuat semangat seperti ibu bapanya.




PASIR MAS: Seorang surirumah yang sakit hendak melahirkan anak sulung, menempuh saat cemas apabila terpaksa menaiki perahu sambil ditarik suaminya yang mengharung banjir sedalam paras dada sejauh satu kilometer, untuk mendapatkan ambulans sebelum dapat bersalin di Hospital Pasir Mas (HPM) di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di Cabang Tiga Kubang Senok itu, surirumah, Haryati Idayu Ariffin, 29, terkejut dari tidur apabila mengalami kesakitan dan tanda hendak melahirkan anak, sebelum mengejutkan suaminya, Azlan Abdul Hamid, 29, memaklumkan keadaan itu.


Azlan berkata, beliau terkejut apabila isterinya mengadu kesakitan hendak bersalin, kerana mengikut rekod pemeriksaan kesihatan kandungan, isterinya dijangka bersalin bulan depan.
AZLAN dibantu jururawat memapah isterinya, Haryati Idayu yang menahan kesakitan untuk bersalin sebelum di bawa ke Hospital Pasir Mas, semalam.
sambungan berita di sini
*


23 comments:

Cetusan said...

dugaan dan cabaran,

menampakkan semangat tolong menolong.

positif nya sisa TOKSID buangan manusia, akan ke laut, bersih setahun sekali, jika dikira kos membersihkan jalan dan air berapa RM? juta?? sekali banjir bahan besar kecil akan berhijrah ke laut.

rosnanie said...

betul..betul..betul...

sebab tu dunia sekarang semakin tak sihat... manusia pun sama tak sihat

azieazah said...

Tumpang simpati walaupun Kak Azie “sesekali ku rasa teringin” nak main banjir.. seumur hidup tak pernah lagi merasa...

BRO ZEQZEQ... air sudah naik sampai mana? Tiang Seri leh nampak lagi tak? atau ampaian sudah tak kelihatan?

Kesiann.. tapi saya nak marah ni.. awok kelik Kelate tak ghoyak.. ambo dah lamo nak ikut... wuarghhh!

Unknown said...

Semoga semuanya selamat..

Kakcik Seroja said...

Masa kakcik kecik2 dulu, suka main air hujan, seronok berenang dalam air banjir.. tapi, skrg.. anak2 memang dilarang main hujan dengan alasan takut demam!.. Dulu2 tak terfikir pun yang air banjir tu mengandungi segala macam sampah sarap dan kekeotoran... :)

eelobor said...

haiyaa...air sudah naik melepasi kepala??? bahaya tu, dalam melepasi ketinggian lelaki dewasa. hehehe.....

sekiranya tiada masalah eelobor akan pulang bercuti pada hari kamis petang selepas waktu kerja wife. namun itu semua bergantung kepada keadaan cuaca...berita tghari td mengatakan kemungkinan cuaca akan terus buruk sehingga 2-3 hari lagi. jika ramalanku benar belaka....kena cari umbrella lah. Raya di KL la tahun ni gamaknya

rosnanie said...

salam, kak azie, dulu2 rasanya tak kisah main air, sekarang, macam2 kotoran ada, tak berani ler...

LB, insya Allh, doakan tiada lagi kematian lepas ni

rosnanie said...

kak cik, kita sekarang ni pn kalau kena hujan sikit sakit kepala, apatah lagi nak mandi hujan. So anak2 sy suruh mandi hujan kat bilik air je lah...mandi shower


eelobor, mngkin kena guna plan B, raya di KL jer, sy blik perok (kg hband)- ikut h'way insya Allah takpe

azieazah said...

Semalam tengok ler berita banjir di Pantai Timur ni dengan anak-anak.. semua kesian kat mangsa..

and si IKA said what...“what? 1.45 tu paras bahaya? what 1.45? in meter?”

Yes..

terkejut dia, “Mak..! kalau camtu IKA mesti tenggelam la.. IKA 1.42 jerrr...!”

hahahahaha...

eelobor said...

mmg x di nafikan mmg seronok bermain "air bah" @ banjir. itu masa kecik² dulu lah, dh jd mcm pesta. namun skrg bru tersedar bahwa di sebalik kita bergembira ada insan lain yg menderita. buku² persekolahan anak rosak, perabot² , tanaman smua rosak.

kak azie: hehehe, utk IKA bole guna pelampong. dulu² masa banjir kitorg pegi ambik kt kedai tayar lori untuk di buat pelampong. rakit menggunakan batang pisang pn jd gak. kenangan masa kecik

rosnanie said...

salam, kak azie, bagus, kecik2 lg diaorang dah pandai simpati, harap2 anak2 kita membesar menjadi manusia yang lebih bertimbangrasa nanti

eelobor, banjir sikit2 ok la, kalu dah tenggelam kepala, seronok apa, tak?

eelobor said...

hehe...tenggelam kepala pn seronok maa, bole main nyelam² gitu.

laporan terkini: air sudah mulai beransur surut. peluang utk beraya bersama ibu tua di kampung mulai cerah kembali. Alhamdulillah...

echah_syed said...

disebabkan banjir setiap tahun kita rugi berjuta-juta rm utk memulihkan semula keaadan.

ngape kita tak buat mcm negara jepun walaupun negara jepun ada letupan gunung berapi tapi dorang melakukan usaha utk mengurangkan risiko kpd penduduk dan kos utk memperbaiki kerosakkan bole dikurangkan.mustahil utk menghentikan letupan kan.

heran jugak.takan takde pakar cerdik pandai org malaysia yg bole memikirkan sesuatu utk mengatasi banjir sebagai mengurangkan kos kerugian.

kita sudah maklum tentang musim banjir dikelate dan ganu sudah berkurun lamanyer.istilah angin monsun yg kita belajar sejak sekolah dulu akan melanda pada setiap bulan ogos hingga dec setiap tahun.

tapi sehingga kini takde apa-apa tindakkan pun.bukan ingin melawan takdir ALLAH swt tapi usaha itu kan dituntut.betul tak??

huhh..!

*kan bagus guna duit yg membazir mcm anto angkasawan tu dibelanjakan utk membuat penyelidikkan tentang mengatasi banjir ni."rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"

.........

hanya pendapat peribadi combi (^_~)

Anonymous said...

http://hellioz.blogspot.com/2009/11/melayu-vs-cina.html

Reply to what you said.

rosnanie said...

eelobor...alhamdulillah... semoga selamat pulang dan selamat kembali...

kak echah... setuju sgt ngn kak echah, duit berbillion2 dibazirkan pada 'pembangunan' yg tidak memberikan manfaat kepada rakyat... betul.. patutnya duit2 tu digunakan untuk memperbaiki infrastuktur negeri, supaya banjir akibat musim tengkujuh pd stp thn dapat dielakkan... nampaknya krjn masih lagi dgn motto , cure is better than prevention...

hellioz... tks...

rosnanie said...

eelobor...alhamdulillah... semoga selamat pulang dan selamat kembali...

kak echah... setuju sgt ngn kak echah, duit berbillion2 dibazirkan pada 'pembangunan' yg tidak memberikan manfaat kepada rakyat... betul.. patutnya duit2 tu digunakan untuk memperbaiki infrastuktur negeri, supaya banjir akibat musim tengkujuh pd stp thn dapat dielakkan... nampaknya krjn masih lagi dgn motto , cure is better than prevention...

hellioz... tks...

eelobor said...

kak echah:mmg setuju sgt² dgn pendapat yang di kemukakan. tp kebanyakkan cerdik pandai di negara kita hanya tau mengomen jer kerjanya. bukan nak menyumbangkan idea...byk terikat dgn protokol lah, birokrasilah & bermacam jenis ragam "maknikam"...nk tau mkna tnya zeq

Cetusan said...

'manikam' rasanya maknenek ..dah lupa,

selagi belum ada kematian, selagi masuk Parlimen..
kena fikir dulu belanjawan untuk siapa..

Cetusan said...

lain kali paksa rakyat duduk atas bukit ..tinggal dipinggir sungai kesan air melimpah.

eelobor said...

buat kondo byk² ker...

rosnanie said...

ZZ, tp kat KL/Selangor ni, bukit kena tarah jd, rata, camana tu yek?

eelobor, buat kondo, tp 2 3 tingkat kat bawah tak le duduk sebab ready takut banjir

Raziff Lokman... said...

...musim hujan ada bagusnya bagi saya...jimat letrik tk payah on air-cond...

rosnanie said...

hehehe, betul gak, tp kat rumah saya memang tak de aircond, sume tak tahan sejuk