Kedai Buku Online

Tuesday, November 3, 2009

KELAHIRAN

Semalam saya mendapat khabar, seorang sahabat telah selamat melahirkan bayi perempuan. Alhamdulillah, khabar yang menggembirakan. Dalam Islam, kelahiran disambut dengan penuh kesyukuran. Jika kita sendiri menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, pada ketika baginda dilahirkan, Thuwaibah iaitu seorang hamba telah menyampaikan khabar kelahiran Rasulullah kepada Abu Lahab (pada ketika itu adalah majikannya), lalu mengatakan "telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah". Maka setelah mendengar berita tersebut Abu Lahab terus memerdekakan Thuwaibah kerana terlalu gembira.
Dalam Islam juga sunat jika kita menyampaikan berita kelahiran dan sebagai orang yang menerima berita ini mengucapkan tahniah sebagai salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Ini bertujuan untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam
*rujukan : indahnya hidup bersyariat, tulisan Dato' Ismail Kamus

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Tahniah buat sahabat Ros itu.. semoga bayi berkenaan terus membesar sebagai anak yang sihat dan mendatangkan bahagia dan ceria dalam keluarga. InsyaAllah.

rosnanie said...

insya Allah, saya pun doakan begitu, dan begitu juga doa saya untuk anak2 kita

Unknown said...

Ya, Alhamdulillah..Semoga selamat semuanya..
kak Rosnanie tu bila nak tambah lagi..?
Dok kira orang saja nih..mana aci.?

Cetusan said...

tahniah berita gembira..

Rosnanie baik hati

rosnanie said...

insya Allah akan tambah, tapi tunggu dulu, nak rehat jap, sempat lagi nak tambah yang kelima

eelobor said...

Alhamdulillah....
Tunggu...rehat....tambah