Kedai Buku Online

Tuesday, November 17, 2009

TAHNIAH ABANG AMIRUL

Semalam, masuk je dalam kereta amirul terus bertanya pada kakaknya, "kakak nanti tahun depan kelas mana?". Kakaknya terus menjawab walaupun sambil lewa, "kelas A lagi...abang?". "Abang pun kelas A jugak" ceritanya dengan penuh semangat. Saya yang sedang memandu tersentak dengan jawapannya. "Betul ke abang dapat masuk kelas A?" Sekadar untuk kepastian saya bertanya kepadanya. "Betul la ibu, tadi cikgu bagitau kat dewan, cikgu sebut nama sorang-sorang. Cikgu panggil nama abang masa cikgu bagitau nama kelas. Pastu cikgu terus suruh kami duduk dalam kelas untuk tahun depan punya.. kelas 3A."

Wah...sungguh panjang lebar penerangan dia. Terkagum seketika. Amirul dari tahun satu sampai tahun dua, tak pernah bertukar kelas, asyik kelas KETIGA jer. Bila dia bagitau dia naik ke kelas pertama, rasa macam tak percaya ajer. Saya siap minta dia confirmkan betul ker nama dia yang cikgu panggil ke orang lain tapi katanya nama Amirul Hakim kat kelas dia hanya dia seorang, jadi betul la........ katanya, " Amirul memang ramai kat kelas abang, tapi Amirul Hakim memang abang sorang jer" hehehe...

Hari ini pulak dia tunjukkan keputusan peperiksaan dia, Alhamdulillah, no 5 daripada 43 orang dalam kelas. So betul la, dia naik kelas...

Saya selalu bagitau dia dan kakaknya, kalau periksa akhir tahun dapat no 1 - 5, ibu belikan hadiah, apa sahaja, janji 1 sampai 5. Bayangkan tiap-tiap kali ujian atau pun peperiksaan dari tahun 1 ke tahun 2, tak pernah dapat no kurang dari 10, mesti lebih dari no 20. So untuk encourage dia saya janji kan hadiah - yang mahal sikit la.... Lagipun amirul ni jenis yang liat baca buku. Kalau kita suruh dia buat latihan, kalau duduk kat bawah dia naik ke atas, kalau ada kat atas dia akan turun bawah, janji ibu tak nampak dia buat apa. Pernah dulu masa dia tahun satu suruh dia ulangkaji untuk exam akhir tahun, dia boleh belek jer buku tanpa perasaan, belek semata-mata. Saya dah ayahnya rasa nak pecah perut tengok cara dia study, dah ler muka masam semacam.. aduh....

Anak lelaki, interestnya pun cuma satu, games, games, and games... tak kira la, PS ker, computer games ke, phone games ke, janji games. Memang merisaukan bila anak yang tak mahu ulangkaji, periksa selalu no yang hampir curut, suruh ulangkaji dia lencong ke lain dan bila ada peluang, joy stick pasti di tangan. Kita sebagai ibu memang risau, jadi terpaksa buat janji untuk belikan hadiah, asal dia mendapat keputusan yang lebih baik....

Alhamdulillah, Amirul menunjukkan peningkatan yang bukan sedikit. Sebagai ibu, rasa bangga terus menyelinap di dada. Dalam keadaan dia yang tidak belajar/ulangkaji, dia mendapat keputusan yang membanggakan. Mungkin pada orang lain no 5 dalam kelas biasa sahaja, tetapi pada saya, saya amat berbangga dengannya. Saya tidak pernah mengharapkan perubahan drastik sebegitu daripadanya walau jauh disudut hati harapan tetap ada. Dan bila dia menunjukkan keputusan peperiksaannya, rasa sebak terus bertandang... Son, i'm really proud of you....

Kakak dan abang, if you read this, i just wanna tell you, how proud i am to be your mother... i'm always will

Sorry, entry kali ni terlebih emo sikit, bukan nak berbangga sekadar berkongsi rasa............
*

12 comments:

echah_syed said...

anak bujang combi pun sama.main games online.kawan2 dia semua dari oversea lagi.

aduiii kalau cuti main games sari suntuk.rehat bila time solat jek.

kebaikkan disini cuma dia tak reti nak keluar lepak dgn kengkawan.tapi yg tak baiknyer games lebih seronok dari study.

apapun combi tak kisah dia dapat nombor berapa ros.yg penting semua subjek wajib A.itu jek

kalau dlm kelas ramai yg bijak jgn harap dapat nombor yg bagus.so bole score A pun alhamdulilah.

rosnanie said...

salam, betul kak echah, sebab tu kakak dia saya tak boleh harapkan sgt dapat no kurang dari 10 sebab kelas pertama, tp still galakkan jgk sebab nak dia usaha, alhamdulillah dapat no 12 pun kira ok dah

azieazah said...

Dalam banyak2 blog dan entries yang saya selalu ikuti, kisah tentang anak-anak dan kejayaan dalam bidang pelajaran antara yang mendapat perhatian dari saya..

Dulu bila saya bercerita sedikit, saya bimbang orang akan kata saya perasan bagus, nak expose anak.. tapi bila semua ibu suka bercerita dan berkongsi, saya tahu perasaan mereka..

ROSE, tiada ibu yg tidak bangga, wpun kecil atau apatah lagi yg besar, kita wajar menerima rasa bangga dan megah terhadap mereka bila mereka berjaya..


Semoga anak2 ROSE, dan semua anak2 rakan2 lain beroleh kejayaan.. kebetulan malam ni memang Kak Azie pun nak bercerita pasal anak2 juga.. maklum ujung tahun kan musim lihat prestasi...

rosnanie said...

salam kak azie, insya Allah, semoga doa kita Allah makbulkan. Sebagai seorang ibu, tiada lain yang ingin dilihat selain dari kejayaan anak2 dunia dan akhirat...

Cetusan said...

senyum dari seorang anak mana

rosnanie said...

ZZ, senyum itu sedekah...

♥MamaBabah said...

tahniah. kejayaan anak2 berkat doa ibubapanya juga.

rosnanie said...

tks mamababah...insya Allah doakan kejayaan semua anak2

ummu said...

Salam kak Ros;
Terharu saya.Bukan apa,bayangkan dari kelas ketiga naik ke kelas pertama. Teringat saya bekas pelajar saya dari kelas 1F, tahun depannya naik ke kelas 2A.Tahniah untuk Amirul ya.
Anak saya pun naik main je kak,risau saya.Kalau nak suruh beljar,kena dijanjikan apa-apan baru nak belajar.Budak lelaki memang macam tu ke?adik lelaki saya pun main aje..

rosnanie said...

masyitah, terima kasih...
itulah yang merisaukan saya selama ini, asyik main jer.
kata orang anak lelaki memang begitu, dah sekolah menengah baru mula matang.. entah betul ke tidak

eelobor said...

hehehe....bestkan dpt anak yg dgr ckp, selalu study, keputusan peperiksaan membanggakan, tak melawan ckp....byk lg nk kna menuntut ilmu ni.

rosnanie said...

eelobor..kdg2 menuntut ilmu satu perkara, amalan satu perkara... kedua2nya kena seiring baru terjamin