Kedai Buku Online
Thursday, December 31, 2009
DUGAAN
Tuesday, December 29, 2009
Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -
jawapan dalam web UZAR
update pada 30 Disember 2009
5S
Hari ini merupakan hari untuk diaudit 5S. Semua orang kalut nak menyiapkan apa yang patut. Walaupun rasanya tiada siapa yang suka dengan 5S ni, tapi buat la jugak. Bagi seorang pensyarah macam saya, kertas-kertas dan dokumen memang banyak. Belum lagi dicampurkan dengan tugasan, kuiz dan ujian student. Memang berlambak-lambak.
Alhamdulillah audit diadakan pada ketika semua pelajar sudah tidak ada, jadi kebanyakan tugasan, kuiz dan ujian semua sudah diserahkan kembali kepada pelajar. Kalau tidak kat mana lah hendak diletakkan dan disorokkan semua kertas-kertas tu.
Cuma yang kelakarnya adalah proses pelabelan. Semua benda nak kena label, pastu ada pulak yang buat lawak, spender tak nak label ker. Konon-konon macam perli ler tu. Dah itu protokolnya, ikut jer ler.
5S, kemudian ditukar namanya kepada QE (quality environment). What ever it's name....
5S - Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Selalu
*
Sunday, December 27, 2009
HALAL TAPI HARAM
Friday, December 25, 2009
PILIHAN
Beberapa blog yang dibaca membuat kuiz untuk hujung tahun ni, dan rasanya sayapun terkena virus kuiz dari mereka. Tapi jangan risau kuiz saya cuma satu soalan dengan dua pilihan jawapan sahaja, hehe, tapi kalau nak bagi seronok skit, sebab jawapan dia A atau B jer, bagi ler alasan sebab apa kita suka jawapan tu... senang kan?
*
Soalan : Jika anda cuma diminta memilih satu dari dua hiburan di rumah apakah yang anda akan pilih? Sila berikan jawapan beserta alasannya sekali
Pilihan A : Internet (streamix, P1wimax, broadband, jaring, dsb)
Pilihan B : Astro
Anda tidak dibenarkan memilih kedua-duanya sekali kerana hadiahnya adalah Internet atau Astro yang sudah pun berada di rumah anda sendiri...
*
>> hehehe.... jgn marah ler kawan-kawan
*cuma bagi saya, jika disuruh pilih satu antara dua, saya akan memilih internet di rumah berbanding astro. Dan sememangnya di rumah saya sekarang sememangnya hanya ada internet, tetapi tiada astro. Tetapi bukan lah kerana en suami menyuruh memilih satu daripada dua, tetapi saya sendiri yang merasakan kehadiran astro di rumah tidak memberi erti sangat kepada saya berbanding internet. Alangkan tiada astro pun mereka dah berebut tv, rasanya ada astro lagi haru.
Kadang-kadang anak-anak ada merungut sebab tiada astro, apatah lagi bila cuti, kononnya mereka bosan. Tapi saya dan suami selalu memberitahu mereka, selain dari channel kartun, ceria dan ria, apa lagi yang menarik pada astro? Rasanya itu aje lah. Cuba bandingkan dengan internet, kartun ada- buka aja youtube, games ada, taip ajelah games, macam2 games keluar, movie ada, berita ada, lagu ada, cerita ada, pengetahuan ada, pendek kata macam-macam ada (walaupun moto ni astro yang guna).
Dulu pernah nabila balik sekolah bagitau, cikgu minta murid2 carikan tentang tendril. Dia dah susah hati dah sebab tak tahu nak cari kat mana. Saya pun buka internet, google jer tendril. Haa.. macam-macam artikel keluar. Saya copy, paste, merge, print, bind, esoknya dia terus hantar ke cikgunya. Pastu sempat saya sound kat mereka, "kat astro boleh dapat tak benda ni?" sambil tayang assignment yang dah siap di'bind'.
Tapi tidaklah bermakna tak boleh ada kedua-duanya di rumah, cuma jika kita diminta memilih satu daripadanya apakah yang terpilih.... ada dua-dua, itu bonus namanya
*
Thursday, December 24, 2009
ngantuknyer
dah dua malam saya pulun
habiskan 1 novel 1 malam
malam ni mengantuk sungguh
dah tak boleh nak baca apa novel pun
baru pukul 11, mata macam dah tak boleh nak celik
siang hari cuba lelapkan mata, tapi degil betul
sudahnyer kepala yang pening
aduh, batuk pun sakit kepala
ngantuk nyer
zzzzzzzzzzzzz
p/s ZZ, bukan kuseru nama mu.....
Wednesday, December 23, 2009
SOALAN CEPUMAS

Tuesday, December 22, 2009
DOAKAN SAYA
Monday, December 21, 2009
SUASANA MALAM KENDURI


Kemeriahan kerjasama membungkus bunga telur, dari kecik ke besar, muda ke yang tua, semua ada....

SARAPAN
Wednesday, December 16, 2009
BIASA KAN MACAM NI?
Kawan-kawan kalau tengok gambar ni sakit hati tak? Pemandangan biasa kan? Dah tahu kita tu kecik, cari ler parking yang sesuai. Lagi menyakitkan hati, sebenarnya kat sebelah kereta merah (maroon) tu ada motor. Pun macam basikal ni jugak, duk tengah-tengah antara dua kereta. Aduh... hati mana laaa tak marah
PELAJAR DAN PEPERIKSAAN
Sunday, December 13, 2009
ADAB DAN ADAT
Thursday, December 10, 2009
SIAPA DAN MENGAPA
Minggu lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar. Pada awalnya dia cuma bertanyakan tentang matapelajarannya tetapi kemudian dia mula bertanya, "Puan ada dengar cerita apa-apa tak pasal kelas saya?" . Saya terpinga seketika sebelum bertanya apa yang dia maksudkan. Bila saya nampak macam tak tahu apa-apa dia mula merasakan kelegaan. Saya mula mengorek cerita, tapi katanya, "puan, memang ada something yang terjadi pada seorang student kelas saya tapi please jangan korek dengan saya sebab saya tak boleh bagitau puan apa-apa, kalau pun cerita ni tersebar, saya harap bukan dari mulut saya."
Saya hormati keputusannya, mungkin dia telah berjanji dengan kawannya itu supaya menyimpan rahsia, jadi dia terpaksa menutup mulut. Maka persoalan siapa, apa, mengapa saya biarkan sahaja begitu. Tak mungkin saya nak paksa dia bercerita, lagipun saya masih ada sumber lain yang saya boleh dapatkan cerita.
Beberapa hari berlalu dan pada hari ini dapatlah saya tahu cerita sebenar. Telahan saya tepat cuma saya tertanya-tanya siapa? Rupa-rupanya seorang pelajar kelas itu ditangkap khalwat oleh penduduk kampung. Telah lama perkara itu dia lakukan tetapi masih tersimpan baik sehinggalah sehingga pada hari malang itu. Mungkin itulah pengajaran yang baik untuk dirinya.
Bila difikir-fikirkan balik, patut lah setiap kali saya menasihati mereka (secara rambang) tentang pergaulan lelaki dan perempuan, pakwe makwe, dating dan sebagainya, pelajar tersebut akan diperli-perli olah rakannya, dan dia cuma gelak-gelak. Saya sebagai pensyarah tidaklah mahu menaruh perasaan negatif kepada mereka. Jadi saya cuma diamkan sahaja. Silap saya juga tidak mengorek cerita awal-awal, kalau tidak mungkin masih boleh selamatkan dia dari terus hanyut.
Saya sehingga kini masih merasa sangat sedih dengan sikap pelajar-pelajar. Bukan satu dua kes sebegini, malahan ada yang sehingga melahirkan anak. Betapa tidak sayang mereka dengan diri mereka sendiri, apatah lagi jika seorang perempuan, apalah yang ada pada seorang perempuan jika mahkota telah diberi kepada yang tidak halal.
Masih ingat waktu saya belajar dulu, seorang ustazah memberikan perumpamaan, seorang wanita ibarat sebiji belon. Kami semua tergelak-gelak dengan perumpamaannya, ye la, wanita=belon? Kelakarkan? Kemudian dia keluarkan tiga belon yang belum ditiup, satu dibiarkan sebegitu sahaja, satu lagi diramas-ramas sehingga keronyok dan satu lagi di tiupnya, tapi kemudian dilepaskan angin. Katanya, cuba buat perbandingan antara ketiga-tiganya, mana yang masih berkeadaan baik? Tentu sekali yang tidak dibuat apa-apa kan? Katanya lagi belon yang kedua ibarat wanita yang telah ringan-ringan dengan lelaki bukan muhrim, manakala belon ketiga pula ibarat wanita yang telah mengandungkan anak luar nikah, yang sudah tiada bentuk asalnya.
*
Monday, December 7, 2009
LIPAT KAIN TIME
Bila saya lipat kain, yang paling suka menolong adalah kak cik (nisaa). Baju-baju dia mesti dia lipat sendiri, baju abang dia tak nak dilipatnya, "abang garang, kakcik taknak lipat baju abang". Hehehe... itu la alasannya... takpe la.
Ikut kan dia lipat sendiri tu pun bukan kita berkenan sangat, tengok lah hasil lipatannya, boleh la kan, hasil kerja budak 4 tahun.
Alhamdulillah... moga-moga kerajinannya kekal sampai besar.
Dalam pada tu sempat juga dia puji diri sendiri, "kakcik rajin kan tolong ibu? Bukan macam kakak dan abang" Saya ia kan aje le, tapi memang betul pun, abang dan kakak, wajib suruh baru buat. Dia tak perlu suruh, kalau dia nak buat dan dia minat, mesti dia tolong kita, tapi kalau dia taknak, ada lah alasannya, "kakcik penat la..." hmmmm...
Masa dia lipat baju, sempat juga dia ajar adik dia, "adik, kita kena sayang Allah, baru Allah sayang kita. Kalau ibu buat kerja kita kena tolong, nanti dapat pahala, boleh masuk syurga" Saya cuma mampu tersenyum dengar ayat dia, agaknya teacher dia cakap kat sekolah kot, tu yang dia ulang kat adiknya tu.... nisaa..nisaa... macam-macam
Seorang lagi budak yang rajin menolong mesti lah adik dia, yang ni haru sikit, kalau nasib tak baik, baju yang kita dah lipat tu yang dia lipat balik. Hehehe... tengok la camana dia lipat... tu bukan lipat, tu nama dia gulung... hahaha... tapi tu la cam kakak dia jugak, rajin nak tolong walaupun ibu dia bertambah pening....
Saturday, December 5, 2009
PENGUMUMAN
Friday, December 4, 2009
PESTA BUKU ALAF 21 - 2

Gambar saya appeared di laman web alaf 21
Saya yang pakai baju purple tu, hehehe
Kusyuk tul pilih buku sedar-sedar orang dah ambil gambar.
Gambar-gambar lain

Thursday, December 3, 2009
PESTA BUKU ALAF21

Maklumat lanjut di ALAF21
Jangan lepaskan peluang, kerana diskaun 30% diberikan
p/s saya tiada kena mengena dgn ALAF21 cuma seorang peminat buku
Tuesday, December 1, 2009
TERCARI-CARI
Kami sudah kembali semula dari kampung, (pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha lalu) daripada hari sabtu lagi. Anak-anak yang masih tidak puas berada di kampung merengek-rengek untuk tinggal lebih lama. Ketiga-tiga mereka, kaklong, abang amirul dan kakcik(nisaa') mula mempamerkan muka tidak puas hati, dan yang paling trajis, amirul siap meraung tak nak balik. Selepas beberapa lama berfikir, akhirnya saya dan ayahnya membuat keputusan untuk membenarkan mereka tinggal, itu pun cuma selepas sepupu mereka yang juga tinggal di shah alam ini berkata dia akan pulang pada hari isnin.
Hai... apa lagi, mereka melompat-lompat dan terus bergegas keluar daripada kereta, dan siap mengeluarkan beg masing-masing daripada bonet. Saya cuma mampu berpesan supaya mereka berkelakuan baik sepanjang berada di rumah mak saudara mereka tu. Melihat wajah kepuasan mereka menyebabkan saya tidak menyesal untuk meninggalkan mereka di situ.
Namun sebaik sahaja kereta bergerak, si adik kecil mula mencari kakak-kakak dan abang nya. "Ane abang? Ane along? Ane icak?" Mula-mula soalan kemudian disusuli dengan tangisan. Aduh... rupanya si kecil ini dah mula merasa kehilangan. Kami berdua terasa sebak sungguh, air mata nyaris keluar sama. Dia cuba dipujuk dan dek kerana keletihan dia akhinya tertidur.
Kami sampai di rumah ketika jam melepasi 1 pagi. Nadhira terus tido sehingga keesokan paginya. Jam hampir 8 pagi dia bangun dan terus mencari abangnya. Dicarinya di bilik abang dan kemudian di bilik kakak. "akde...." dengan muka sedih dan tangan terpusing-pusing dia memberitahu. Dan sehari itu jenuh melayan soalan dia, di mana kakak dan abangnya.
Isnin, hari berkerja, dia terpaksa dihantar ke taskanya, meraung sekali lagi. Aduh adik... sedihnya hati ibu nak tinggalkan adik, tapi ibu terpaksa sebab ibu kena bekerja. Petangnya, anak saudara telefon memberitahu yang mereka sudah dalam perjalanan.
Mereka sampai dalam pukul 10 malam, masa ni ternampak perubahan yang ketara pada adik... dia sudah ceria, tak habis-habis dia bercerita dengan abangnya. Dan pagi ini bila hantar ke taska dia masih ceria kerana abang dan kakak2nya ada bersamanya... jadi saya pun meninggalkan mereka di situ dengan hati yang lapang....
*
Monday, November 30, 2009
SAKIT HATI 2
Friday, November 27, 2009
KEJAM
Dipetik daripada Berita Harian:
TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.
Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.
Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.
Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.
"Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .
“Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.
berita selanjutnya, klik
Thursday, November 26, 2009
SAKIT HATI
Esok adalah hari raya buat semua umat Islam seluruh dunia. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua, semoga hari raya pada tahun ini membawa keberkatan di dalam hidup kita.
Saban tahun, setiap kali musim perayaan kenderaan-kenderaan akan memenuhi jalanraya. Semua pemiliknya berlumba-lumba untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Saban tahun juga kita perhatikan jalan raya akan penuh sesak dengan kenderaan-kenderaan. Masa inilah kita akan mengalami suasana yang dipanggil 'jam'. Aduh... memang boleh 'sakit jiwa'.
Hari ini kami pulang ke kampung menggunakan PLUS highway pada tengahari tadi. Jalan pada awalnya lancar. Kereta agak banyak tetapi perjalanan tetap lancar. Tetapi dalam keadaan lancar itu, tiba-tiba ada gangguan. Kereta-kereta mula bergerak perlahan hingga ada kalanya terus berhenti. Saya dan suami mula tertanya-tanya, "ada accident agaknya", itu andaian kami.
Setelah 2 hingga 3 kilometer kami alami 'jam' tu, kami terperasan sebuah kereta tersadai di tepi jalan, dengan bonet terbuka...."huh, sebab keta rosak jer, jam 2 3 km?" Suami merungut. Dan perjalanan kembali lancar selepas itu. Sakitnya hati...
Kalau ada accident lagi teruk jam nya, masya Allah, tak usah nak cakap. Padahal kereta -kereta yang mengalami kemalangan tu dah lama di bawa ke tepi, tapi sikap orang kita yang suka buat 'analisis' menyebabkan perjalanan menjadi terganggu. Masing-masing nak tengok sejauh mana teruknya kemalangan tu. Agaknya analisa tu termasuk, macamana berlaku, siapa yang terlibat, apa yang rosak dan mungkin daripada analisa mata yang dibuat, kesimpulan boleh diambil.
Please Malaysian people, stop all this attitude. Silap-silap haribulan, akibat asyik sangat tengok kesan accident tu, kita pulak yang accident, kan haru jadinya.

*
Gambar Hiasan
Tuesday, November 24, 2009
BANJIR

Sunday, November 22, 2009
JIRAN

Hari ni masa menjemur kain terdengar perbualan jiran belakang rumah . Seseorang yang datang bertandang ke rumah jiran bertanya kepada beliau tentang pokok yang ditanam oleh nya. Actually saya sendiri pun tertanya-tanya apa yang special dengan pokok tu sampai dia tanam di belakang rumahnya.
Biasa orang akan tanam pokok serai ke, pandan ke, cili ke, tapi dia tanam pokok tu. Pelik juga kan? Kemudian saya terdengar dia menjawab, tu la pokok cincau. Hah, cincau?

Ya, cincau yang warnanya hitam, dan macam agar-agar tu asalnya daripada pokok ni. Wow... uniknya. Tak pernah pulak saya tahu, cincau tu berasal dari pokok. Mati-mati saya ingat cincau tu bermula dari rumpair.
So saya pun google tentang cincau ni dan disini saya kongsikan....
Cincau - copy Dari Wikipedia
Cincau (Hanzi: 仙草, pinyin: xiancao) adalah gel serupa agar-agar yang diperoleh dari perendaman daun (atau organ lain) tumbuhan tertentu dalam air. Gel terbentuk karena daun tumbuhan tersebut mengandung karbohidrat yang mampu mengikat molekul-molekul air.
Kata "cincau" sendiri berasal dari dialek Hokkian sienchau (Hanzi: 仙草, pinyin: xiancao) yang lazim dilafalkan di kalangan Tionghoa di Asia Tenggara. Cincau sendiri di bahasa asalnya sebenarnya adalah nama tumbuhan (Mesona spp.) yang menjadi bahan pembuatan gel ini.
Cincau paling banyak digunakan sebagai komponen utama minuman penyegar (misalnya dalam es cincau atau es campur). Dilaporkan juga cincau memiliki efek penyejuk serta peluruh (diuretik).
Proses pembuatan
Proses pembuatan diawali dengan perendaman, yang biasanya dilakukan setelah daun diremas-remas atau dihancurkan. Ada juga yang menyertakan perebusan terlebih dahulu. Pemberian soda kue dapat dilakukan sebagai pengawet. Warna cincau bermacam-macam, berkisar dari hijau hingga hijau pekat, bahkan hitam, namun disertai dengan kesan tembus pandang (transparan). Konsistensinya juga berbeda-beda. Warna dan konsistensi cincau berbeda-beda karena tumbuhan yang dipakai berbeda-beda.
Gambar serai belakang rumah saya, baru je beberapa bulan tanam, alhamdulillah sihat
*
Saturday, November 21, 2009
ARNAB DAN KURA-KURA
So hari ini takde sangat cerita menarik, saya just nak ajukan teka teki kat kawan-kawan sume.
" Arnab dan kura-kura sekali lagi ingin berlumba untuk membuktikan kehebatan masing-masing. Umum sudah mengetahui yang arnab lari laju dan kura-kura lari perlahan. Dalam perlumbaan dulu kura-kura menang sebab arnab tertidur semasa perlawanan. Kali ini oleh kerana zaman sudah maju, mereka akan berlumba di lebuhraya. Destinasi yang dirancang adalah daripada Tol Shah Alam dan tamat di Tol Rawang menggunakan PLUS Highway. Perlumbaan akan diadakan pada hari Rabu. Masa permulaan perlumbaan adalah pada pukul 7.30 pagi dan dijangka sampai setengah jam kemudian.
Persoalannya sekarang, jika dulu kura-kura menang perlumbaan, perlumbaan kali ini juga dimenangi oleh kura-kura. Kenapa?
Siapa jawab dulu dan betul, dapat hadiah...hehehe....
*
Friday, November 20, 2009
SMS
Tuesday, November 17, 2009
TAHNIAH ABANG AMIRUL

Wah...sungguh panjang lebar penerangan dia. Terkagum seketika. Amirul dari tahun satu sampai tahun dua, tak pernah bertukar kelas, asyik kelas KETIGA jer. Bila dia bagitau dia naik ke kelas pertama, rasa macam tak percaya ajer. Saya siap minta dia confirmkan betul ker nama dia yang cikgu panggil ke orang lain tapi katanya nama Amirul Hakim kat kelas dia hanya dia seorang, jadi betul la........ katanya, " Amirul memang ramai kat kelas abang, tapi Amirul Hakim memang abang sorang jer" hehehe...
Hari ini pulak dia tunjukkan keputusan peperiksaan dia, Alhamdulillah, no 5 daripada 43 orang dalam kelas. So betul la, dia naik kelas...
Saya selalu bagitau dia dan kakaknya, kalau periksa akhir tahun dapat no 1 - 5, ibu belikan hadiah, apa sahaja, janji 1 sampai 5. Bayangkan tiap-tiap kali ujian atau pun peperiksaan dari tahun 1 ke tahun 2, tak pernah dapat no kurang dari 10, mesti lebih dari no 20. So untuk encourage dia saya janji kan hadiah - yang mahal sikit la.... Lagipun amirul ni jenis yang liat baca buku. Kalau kita suruh dia buat latihan, kalau duduk kat bawah dia naik ke atas, kalau ada kat atas dia akan turun bawah, janji ibu tak nampak dia buat apa. Pernah dulu masa dia tahun satu suruh dia ulangkaji untuk exam akhir tahun, dia boleh belek jer buku tanpa perasaan, belek semata-mata. Saya dah ayahnya rasa nak pecah perut tengok cara dia study, dah ler muka masam semacam.. aduh....
Anak lelaki, interestnya pun cuma satu, games, games, and games... tak kira la, PS ker, computer games ke, phone games ke, janji games. Memang merisaukan bila anak yang tak mahu ulangkaji, periksa selalu no yang hampir curut, suruh ulangkaji dia lencong ke lain dan bila ada peluang, joy stick pasti di tangan. Kita sebagai ibu memang risau, jadi terpaksa buat janji untuk belikan hadiah, asal dia mendapat keputusan yang lebih baik....
Alhamdulillah, Amirul menunjukkan peningkatan yang bukan sedikit. Sebagai ibu, rasa bangga terus menyelinap di dada. Dalam keadaan dia yang tidak belajar/ulangkaji, dia mendapat keputusan yang membanggakan. Mungkin pada orang lain no 5 dalam kelas biasa sahaja, tetapi pada saya, saya amat berbangga dengannya. Saya tidak pernah mengharapkan perubahan drastik sebegitu daripadanya walau jauh disudut hati harapan tetap ada. Dan bila dia menunjukkan keputusan peperiksaannya, rasa sebak terus bertandang... Son, i'm really proud of you....
Kakak dan abang, if you read this, i just wanna tell you, how proud i am to be your mother... i'm always will
Sorry, entry kali ni terlebih emo sikit, bukan nak berbangga sekadar berkongsi rasa............
*
Monday, November 16, 2009
HAI-O

Tengahari semalam, jalan-jalan sekitar shah alam, pusing punya pusing, termasuk ke area stadium Melawati. Hairan apasal hari ni jam pulak. Sekali tengok ada lumba go-kart, so cakap dengan husband, agaknya diorang berenti sebab tengok go-kart kot. Tapi yang peliknya kereta yang menunggu tepi tak ler banyak sangat. Takkan sebab go-kart boleh jam kot. Sekali mata terpandang banner-banner yang tergantung di tiang-tiang lampu. "Majlis Ulang Tahun Hai-O"
Oooo....itu pasal la jam.... bila lajak lagi ke depan, husband sengaja masuk ke lorong untuk usahawan Hai-O ni, terus saya cuit dia, "sejak bila kita termasuk dalam usahawan Hai-O ni". Husband cuma gelak, "tak la, nak tengok go-kart dari dalam ni" katanya....
Kami pun singgah sekejap di tepi pagar, suami dan anak-anak (yang kecik tu pun ikut sama) turun tengok orang lumba keta kecik tu. Biasalah Amirul mesti yang excited lebih, dia yang paling beria-ia tengok. Saya pulak mata asyik tengok usahawan-usahawan Hai-O, duk kira kereta jenis apa yang diaorang guna... hehehe.... jahat kan. Macam-macam jenis kereta yang datang, ada mercedes, BMW, toyota caldina, wish, dan jenama2 lain yang besar-besar, ke sekecil-kecil kereta seperti kancil dan kelisa. Macam-macam dalam kepala saya bila tengok kereta-kereta tu, tapi tak nak lah tulis, nanti korang kata saya jahat pulak... hehehe... time tu memang jahat sikit.
Lama-lama saya jadi teringat kisah tahun lepas, seorang kakak di office ni datang pada kami untuk join dia sama-sama usahakan Hai-O ni. Lepas sorang-sorang yang dia promote. Yang paling best jawapan yang dia dapat dari kami adalah, " ala, saya ni kan kak, membeli memang pandai, bab2 menjual ni sorry le kak, tak pandai saya. Nak cari orang lagi tak pandai."
Hehehe...best kan jawapan? Tu la manusia ni kan, bila taknak 1000 alasan dia boleh bagi. Tapi alasan paling tinggi peratusan mesti lah , susah nak cari orang. Saya pun bagi alasan, tapi tak nak guna alasan yang orang bagi, so saya bagi alasan " Sorry kak, bukan tak minat meniaga, tapi saya baca dalam website Utz Zaharuddin, dia kata Hai-O ni tak ikut syariah, tak berani la saya"...laaa....utz Zaharuddin pulak yang kena...kejam kan jawapan? Apa-apa lah, janji lepas... hehehe...
*
Saturday, November 14, 2009
HAPPY BIRTHDAY
Friday, November 13, 2009
POTONG
tapi tak boleh tukar lorong
kereta banyak kiri kanan
kereta kecil tetap meluncur di hadapan
mercedes berura-ura ingin memotong
kereta kecil menuju ke arah lorong Smart TAG
mercedes masih lagi berusaha untuk memotong
-
-
-
sorry lar beb, ingat lu sorang je ke guna Smart TAG
walaupun keta kecik, wa tak suka la beratur-beratur ni,
walaupun keta wa tak pick up,
wa masih layak guna lorong ni la
hehehe..
-
-
-
mesti mercedes tu bengang, tak bole potong keta kecik
Wednesday, November 11, 2009
PERTOLONGAN CEMAS
Monday, November 9, 2009
JEJAK KASIH
Pernah tak sesekali kita terserempak dengan seseorang dan wajah dia mengingatkan kita pada kawan lama kita tapi malangnya kita tak ingat nama, kenal kat mana, tahun bila, dsb. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan dia seolah-olah satu memori yang telah di delete, kita cuma ada satu pengenalan sahaja iaitu wajah dia.
Itu lah yang terjadi pada saya semalam. Masa kami keluar untuk shopping barang dapur, kami singgah dulu di kedai makan ( tengahari semalam tak masak, beras habis, tu yang kena keluar jugak shopping tu). Di kedai makan itu lah saya terserempak dengan seseorang yang rasa macam kenal. Ibarat kata Yassin dalam cerita Senario the Movie, "macam pernah kulihat, tapi dimana ya". Bertambah malang lagi bila dia langsung tidak terperasankan saya. Jadi saya ni macam malu-malu nak tegur, bimbang jugak kalau-kalau bukan kawan kita
Bagitau suami pasal 'member' tu tapi masa tu dah dalam kereta nak ke giant, jadi suami diam je lah. Sampai sekarang masih lagi puzzle, who is she actually? Masa ni mula la terfikir, kan bagus kalau saya ni lebih berani, tak kisah lah kan dia tu kawan atau tidak. Kalau bukan kawan, anggap le lah kita dapat kawan baru, tapi kalau betul kawan, kan boleh jejak kasih gitu... nyesal pun dah tak guna kan, kesempatan macam tu bukan selalu datang..
Selalu macam tu la, bila dah terjadi baru kita nak menyesal, dan tak habis-habis dengan kalau. Kalau ini dan kalau itu, walhal, kalau itu sangat tidak digalakkan dalam Islam....
*